Assalammualaikum Saudara,
 
1. Terima kasih kerana sudi mengambil peduli perihal apa yang berlaku ke atas
senario politik tanahair masa kini.
 
2. Maknanya kita sebagai seorang Warga ATM wajib peka kepada persekitaran kita
termasuk persoalan politik tanahair yang selama ini kita 'fuck-off' padanya.
 
3. Isu pembabitan Warga ATM & PDRM dalam Gerakan REFORMASI kini menjadi topik
yang hangat diperbualkan di Kem-Kem Tentera serta di Balai-Balai Polis seluruh
negara. Alhamdulillah, kita semua telah sedar bahawa Kerajaan BN/UMNO yang
memerintah pada hari ini tak lain dari hanya berminat untuk mencampakkan sedikit
gula-gula di saat-saat akhir mereka mengharapkan Undi Pos kita.
 
4. Saudara yang dikasihi. Persoalan pembabitan Warga ATM & PDRM di dalam
aktiviti politik negara bukanlah suatu persoalan main-main. Ini adalah soal
samada hidup atau matinya kerjaya kita iaitu Tentera dan Polis. Siapa di antara
ahli politik BN/UMNO yang benar-benar ikhlas menjaga serta menperjuangkan nasib
serta kebajikan kita ?. Tanya diri anda sendiri. Nak harap RAFIDAH AZIZ atau
Datin Seri Dr Wan Azizah ?
 
5. Sebab itu dari awal lagi pembabitan Leftenan KLUANGMAN serta rakan-rakan
dalam Gerakan REFORMASI melalui OPS PD dan kemudiannya SEKRETARIAT OPS 2004,
kita menyeru keseluruhan Warga ATM & PDRM memikirkan secara serius mengenai soal
serta sikap kita dalam isu-isu yang membabitkan kepentingan kita selama ini.
Silalah Rujuk kepada Laman Web KOMENTAR untuk pelbagai informasi mengenai
Sekretariat ini.
 
6. Akhir kata kami berharap Saudara serta seluruh rakan-rakan ATM di Batalion Ke
3 Perubatan Diraja, Kem Mahkota Kluang akan mencontohi rakan-rakan kita di Port
Dickson menzahirkan sokongan terbuka mereka kepada perjuangan pimpinan BERISAN
ALTERNATIF dalam memperjuangkan nasib serta kebajikan kita Warga ATM & PDRM yang
gagal diperjuangkan oleh pimpinan BN/UMNO.
 
7. Sebar luaskan informasi yang diterima ini. Insyaallah, setelah kerajaan BA
memerintah kelak, maruah ATM & PDRM akan kembali ke tempatnya dan kita Anggota
Tentera & Polis akan saling melengkapi membentuk masa depan yang lebih cerah
untuk negara kita ini. Kita akan berbangga, bertenaga serta punyai kredibiliti
menyarung uniform kebanggaan kita itu.
 
8. Akhir kata salam perjuangan dari kami. Keep in touch.
 
Dengan hormatnya,
 
 
 
LEFTENAN KLUANGMAN
Ketua Pengarah
SEKRETARIAT OPS 2004