SEKRETARIAT OPS 2004

Email: ops2004@mailcity.com

24 Oktober 2000

Saudara/Saudari Pengurus-Pengurus Laman yang dikasihi.

TENTERA BERSAMA RAKYAT & POLIS MESRA RAKYAT

Assalammualaikum/Salam REFORMASI.

1. Terlebih dahulu diucapkan salam sejahtera dan ta'zimnya kepada Saudara/Saudari seisi keluarga serta seluruh kerabat kerja para Pengurus Laman sekelian dan para pendukung Gerakan REFORMASI semoga senantiasa beroleh rahmat dan berkat taufik dari Allah SWT jua hendaknya.

2. Bagi pihak Sekretariat ini kami ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan perhatian yang telah pihak para Pengurus Laman berikan di dalam menyiarkan artikel serta bahan berita dari Sekretariat ini hasil nukilan Warga ATM & PDRM yang telah bosan dengan penipuan Rejim Memanda Tua untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan  'civiliance'. Ucapan teristimewa khusus untuk Pengurus Laman KOMENTAR di atas keperihatinan anda memperuntukan sebuah Sub-Direktori kepada Sekretariat ini.

3. Saudara/Saudari yang dikasihi, kebangkitan rakyat menuntut agar dilaksanakan REFORMASI/ISLAH di negara ini telah melepasi Fasa Kebangkitan Keduanya. Pada hemat Sekretariat, kami berpendapat bahawa Fasa Kebangkitan Kedua yang telah dimaksudkan oleh Saudara Ezam Mohd Noor dalam satu ceramah umum di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar pada malam selepas keputusan jatuh hukum Dato' Seri Anwar Ibrahim Ogos lalu adalah kebangkitan Warga ATM & PDRM menyertai rakan-rakan 'civiliance' yang terlebih dahulu menyokong Gerakan REFORMASI. APA PERLUNYA DITUBUHKAN SEKRETARIAT OPS 2004 ?.

 4. Penubuhan Sekretariat ini adalah bertujuan sebagai sebuah pusat bagi menggabungkan sokongan anggota keempat-empat cabang perkhidmatan keselamatan negara kepada Gerakan REFORMASI dan Barisan Alternatif iaitu:   

a. Tentera Darat Malaysia.  

b. Tentera Laut Diraja Malaysia.   

c. Tentera Udara Diraja Malaysia dan,   

d. Polis Diraja Malaysia

5. Penubuhannya adalah sejajar dengan tuntutan Warga ATM & PDRM yang telah mula sedar dengan penipuan dan janji-janji manis pimpinan BN/UMNO kepada kami selama ini. Terus terang dinyatakan bahawa para pimpinan BN/UMNO hanya berminat mencampakkan sedikit gula-gula di saat-saat akhir mereka mengharapkan Undi Pos dari kami.

6. Tumpuan Sekretariat adalah untuk menyedarkan Warga ATM & PDRM tentang periperlunya mereka membuka mata berpartisipasi menyertai gerakan massa agar nasib serta kebajikan mereka dapat diperbaiki setelah terbukti sekian lama BN/UMNO gagal melaksanakannya. Buat masa ini Sekretariat beroperasi secara 'virtual' bagi mengelakkan sebarang masalah yang bakal dikenakan kepada anggotanya dari membicarakan yang hak. UNDI POS DI TELOK KEMANG.

7. Selepas kejayaan Skuad OPS PD pimpinan Leftenan KLUANGMAN menggempur Kem-Kem Tentera dan Balai-Balai Polis di Port Dickson semasa Pilihanraya Kecil P119 Telok Kemang Jun lalu, hinggalah membawa kepada terciptanya catatan buat kali pertama dalam sejarah Malaysia moden - Undi Pos telah tidak memihak kepada Barisan Nasional. Sekretariat ini berazam menggerakkan seluruh kekuatan yang ada dari kalangan Warga ATM & PDRM di seluruh negara bagi memastikan pada Pilihanraya Umum 2004 kelak, Undi Pos kami adalah telus dan tidak mampu ditipu atau dalam istilah Tentera/Polis: 'dikencing' oleh para penipu tradisionalnya iaitu BN/UMNO dengan kerjasama para panglima yang 'tidak punya telur' dan SPR.

8.Adalah tidak wajar sekiranya rakan-rakan 'civiliance' mengharapkan satu bentuk kejayaan yang drastik berlaku dalam tempoh yang singkat ini kerana untuk makluman anda Warga ATM & PDRM telah 43 tahun umur kemerdekaan negara diperbodohkan dengan satu Sistem Pemerintahan Rejimental yang mengongkong minda mereka. Lebih menyedihkan ada di antara mereka yang tidak tahu langsung dengan perkembangan politik tanahair hasil dari pengasingan mereka dengan dunia awam.

9.Untuk mengatasi masalah tersebut Sekretariat ini telah mengemukakan pelbagai isu yang membabitkan kepentingan Warga ATM & PDRM seperti:   

a. Isu Gaji Minimum siapa yang perjuangkan.   

b. Kenapa Perkhidmatan Polis Tidak 21 Tahun    sebagaimana Anggota Tentera.   

c. Isu-isu kebajikan yang gagal dibela oleh BN. CADANGAN UNTUK PIMPINAN BARISAN ALTERNATIF.

10. Melalui kesempatan ini Sekretariat ingin memohon jasa baik dari rakan-rakan 'civiliance' terutama sekali para pimpinan Barisan Alternatif agar dapat memberikan sedikit ruang anda di dalam mengutarakan isu-isu berhubungkait kami dalam siri ceramah anda mahupun tindakan usulan di Dewan Rakyat. Perlu diambil perhatian mengenai kami, Warga ATM & PDRM (Pengundi Pos) merupakan sekumpulan pengundi yang amat berpotensi menyumbang ke arah kejayaan BA pada 2004 kelak. Kami mewakili seramai hampir 1 juta pengundi yang memang 'confirm' menolak parti pimpinan Memanda Tua itu. Angka tersebut belum lagi memasukkan Warga Jabatan Perkhidmatan Bomba & Penyelamat serta Jabatan Perkhidmatan Penjara yang turut mengundi secara pos.

11. Sekiranya anda tidak mengambil langkah-langkah sewajarnya memenangi hati kami besar kemungkinan Undi Pos kami sekali lagi menjadi mangsa penipuan BN/UMNO atau tiada sebarang perubahan berlaku ke atas kami. Kalau bukan kerana 'Undi Pukul 10' (Undi Pos) sudah tentu BA telah dapat menubuhkan kerajaan pada Pilihanraya 1999 yang lalu. Tipukah hal ini ?.

12. Sekretariat turut menyeru agar para pimpinan BA serius memikirkan hal ini. Sikap dan tindakan anda terhadap organisasi Tentera & Polis perlulah diperbaiki bagi memenangi hati Warga ATM & PDRM menyokong perjuangan BA. BA mempunyai ramai pemimpin dari kalangan Tentera & Polis yang boleh dijadikan rujukan serta pengantaranya. Sedangkan anda ramai mengapa hanya YB Kapten (B) Usaili - ADUN Bota, Mejar (B) Hassan - MP Besut dan Tuan Kudus sahaja yang berbangga dengan 'title' sebagai seorang bekas Warga ATM & PDRM.

13. Warga ATM & PDRM (Bersara) yang menduduki saf kepimpinan BA segenap peringkat mestilah dilihat sebagai mewakili permasalahan kami serta memperjuangkannya dan bukan hanya bercakap mengenai isu-isu politik negara yang jauh dari imbauan pemikiran 'kutu-kutu' di Kem-Kem Tentera dan di Balai-Balai Polis. "Mana mungkin kacang melupakan kulitnya", Hanya anda yang tahu permasalahan kami. Untuk itu bantulah kami Warga ATM & PDRM yang 'terikat' ini. ADAKAH WARGA ATM & PDRM MENYOKONG BN ?.

14. Ya, walau bagaimanapun bilangannya hanya beberapa kerat sahaja.

Berikut adalah senarai pagawai Tentera & Polis yang kuat mengampu kerana dapat projek atau ada fail:    

a. Jen Dato' Seri Hashim Hussin (Jack Pallet).    

b. Lt Jen Dato' Zaini (Zaini Lalat).    

c. SAC I Musa Hassan (Musa Tilam).    

d. ASP Rodhwan (Wan Banglo).

15. Sedangkan majoriti kami Warga ATM & PDRM adalah orang No. 1 yang akan menentang BN/UMNO semenjak RAFIDAH AZIZ menghina maruah kami. Kami takkan lupa hinaannya iaitu:     "Macam mana kerajaan nak luluskan permohonan gaji      lebih Askar & Pulis, dia orang tu bukannya pandai      sangat, setakat Darjah 6 aje. Askar & Pulis ni      kerja menghabiskan beras aje".

16. Sedikit masa lagi jika diizinkan kami akan mendedahkan fail-fail mereka melalui BERITA SEKRETARIAT OPS 2004 atau melalui para pimpinan BA. Saudara Ezam sendiri telah memiliki beberapa kotak fail yang mengandungi kerja-kerja kotor mereka. Bukan begitu Saudara Ezam ?.

RAYUAN KEPADA RAKAN-RAKAN 'CIVILIANCE'

17. Kami, Warga ATM & PDRM merayu rakan-rakan 'civiliance' mulai hari ini ubahlah cara anda menilai penglibatan kami menyertai Gerakan REFORMASI dan menyokong Barisan Alternatif.   

a. Adalah tidak adil hanya semata-mata kerana  seekor mangkuk hayun berhidung besar semua anggota    Polis dipanggil ANJING.   

b. Dan; adalah tidak adil hanya semata-mata  meruntun nafsu serakah seekor monyet bernama  Mahathir dalam Insiden Sauk, semua anggota Tentera  dituduh bodoh menjalankan tugas.

18. Kami terutama sekali anggota Polis merintih kerana anda gagal memahami bahawa kami adalah 'sandwich' dalam kehidupan hari ini (Dihimpit oleh arahan orang atas dan didesak dari bawah oleh rakyat). Kami minta bantuan anda untuk menjadikan kami sebagai 'pizza' pula (Ditarik kenyal dan boleh bertindakbalas secara lebih efektif).

19. Dari anda terus-terusan berkonfrantasi dengan kami terutama sekali dengan anggota Polis adalah lebih baik anda menghulurkan tali silaturrahim dengan kami. Sekurang-kurangnya 118 rakan-rakan kami dari Balai Polis Port Dickson telah membuktikan kepada dunia bahawa Polis turut mengundi BA dalam Pilihanraya Telok Kemang lalu. Tahukah anda dengan nasib yang menimpa OCPD PD yang di'posting'kan 24 jam kerana memberikan kebebasan kepada anggotanya memangkah Ruslan Kasim dalam Pilihanraya tersebut ?. Anda wajib mengkaderkan lebih para pegawai Polis dan Tentera yang berani dan profesional seperti ini. Itupun kalau anda bercita-cita memenangi Undi Pos kami pada 2004 kelak. PENUTUP

20. Kami berniat ikhlas membantu para pimpinan BA merealisasikan hasrat memenangi Pilihanraya 2004 nanti melalui Undi Pos sebagaimana yang telah dibuktikan di Telok Kemang. Peranan Sekretariat ini  haruslah dipandang sebagai pelangkap kepada kebangkitan rakyat yang semakin sehari semakin bertambah menyampah dengan sihidung besar kerepot itu.

21. Sekiranya kandungan surat ini terlalu pedas untuk diterima oleh sesiapa, tegurlah kami. Wallallahi, inilah problema kami yang gagal dikenalpasti oleh anda rakan-rakan 'civiliance'. Untuk itu bantulah kami.

22. Sekali lagi penghargaan kepada para Pengurus Laman yang membantu Sekretariat ini terutama sekali Laman KOMENTAR. Tidak dilupakan jasa dan komitmen yang telah ditunjukan oleh Datin Seri Dr Wan Azizah  dan Saudara Ezam Mohd Noor yang konsisten memperjuangkan nasib serta kebajikan kami Warga ATM & PDRM yang terhina ini. Maklumlah Askar & Pulis kerja menghabiskan beras aje...,

22. Sekian, Terima Kasih.

Dengan hormatnya,

PRANITA JUHI CHAWLA  &   POLISNITA MADHURI DIXIT

Setiausaha OPS                           Setiausaha Kerja OPS MINDEF                  

Bukit Aman                                  Jalan Padang Tembak    

50100 KL                                    50634 KL

bp LEFTENAN KLUANGMAN

Ketua Pengarah OPS