SEKRETARIAT OPS 2004
 
 
Email: ops2004@mailcity.com
 
26 Oktober 2000
 
 
Saudara Zamri M.N yang dihormati,
 
 
JAWAPAN KEPADA PERSOALAN SAUDARA MENGENAI PENUBUHAN SEKRETARIAT INI
 
Assalamualaikum/Salam REFORMASI
 
1. Terlebih dahulu diucapkan salam sejahtera dan ta'zimnya kepada Saudara seiisi
keluarga semoga senantiasa berolah rahmat dari Allah SWT jua.
 
2. Terpulanglah kepada pendapat Saudara untuk menyatakan bahawa Sekretariat ini
dianggotai secara meluas oleh Warga ATM & PDRM ataupun hanya didokong oleh
beberapa orang sahaja. Oleh kerana kami mengambil pendekatan bergerak secara
'virtual', adalah tidak wajar kami menghebahkan tentang kekuatan anggota kami
kepada umum.
 
3. Saudara yang dihormati, kekuatan sesuatu kumpulan itu bukan diukur dari
ramainya jumlah mereka. Semua setuju dengan pendapat itu. Sebagai contoh apa
gunanya UMNO, sebuah parti yang mendakwa mempunyai seramai 2.7 juta orang ahli
tetapi habuk pun takde.
 
4. Terus terang kami nyatakan di sini bahawa Sekretariat ini akan bertindak
seperti api dalam sekam yang akan melakukan kejutan kepada para ahli politik
murahan dan korup dari BN/UMNO dengan persekongkolan para pecacainya dari Risik
Tentera mahupun Special Branch pada Pilihanraya Umum 2004 kelak. Lihat sahaja
apa yang telah berlaku di Telok Kemang tempohari, tanpa ribut, tanpa taufan tak
semena-mena kempunan BN/UMNO dengan Undi Pos dari rakan-rakan ATM & PDRM kita di
Port Dickson tu.
 
5. Dan siapakan yang semuanya melakukan itu; adakah Leftenan KLUANGMAN sendirian
tanpa bantuan dari kami anggota Skuad OPS PD yang kini telah bergelar
SEKRETARIAT OPS 2004 ?. Saudara pasti amat arif jawapannya. Saudara carilah
PERBAH 38 dari Siri 1 hingga 18 yang diedarkan di kem-kem mahupun balai-balai
terpilih di seluruh Malaysia(tidak disiarkan di dalam internet) pasti Saudara
akan menemui lebih banyak pemegang watak-watak yang kreatif menulis artikel yang
panas menyentuh kepincangan pemerintah hari ini dari kacamata anggota Tentera &
Polis sendiri.
 
6. Insyaallah, dengan kecanggihan teknologi maklumat hari, anda pasti sukar
untuk menjejaki kami. Dari mana kami beroperasi mahupun berpengkalan. Takkan
kami tidak mengambil tahu mengenai "Kalau Takut Pada Resiko, Usah Bicara Soal
Perjuangan" dalam pergerakan kami ini.
 
7. Dan akhirnya, Askar & Polis hari ini sudah bijak pandai belaka. Bukan setakat
Darjah 6 aje seperti yang Rafidah Aziz dakwa. Apa gunanya kami memancing kalau
kail panjang sejengkal. Tentunya kami telah memiliki Lesen Bot Laut Dalam untuk
pergerakan Sekretariat ini.
 
8. Semoga jawapan ini akan memuaskan Saudara. Sekiranya Saudara berminat untuk
menyertai Sekretariat ini sudah tentu Saudara mestilah dari kalangan kami iaitu
samada Warga ATM mahupun PDRM juga. Tanpa meragui keikhlasan Saudara
mengutarakan persoalan tersebut, kami ingin mengundang Saudara untuk menjadi
salah seorang anggota Sekretariat ini. Allah SWT tahu apa yang diniatkan oleh
setiap hambanya. Sebijak-bijak manusia merancang, Allah SWT lagi maha
mengetahui.
 
9. Sekian, terima kasih.
 
 
Dengan hormatnya,
 
PRANITA JUHI CHAWLA
Setiausaha OPS
 
bp
 
 
LEFTENAN KLUANGMAN
Ketua Pengarah OPS