BERITA SEMASA 5hb Nov 2000 Jam 11.13am

 

Sampaikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang hadir

 

Sekatan Jalan Raya

 

Makluman di terima bahawa sekatan jalanraya sudah bermula pada pertengahan Lebuh Raya Kesas. Polis sudah mula menahan dan memeriksa kenderaan di kawasan tersebut.

 

 

Jalan menuju ke Jalan Kebun turut di sekat setakat ini. Mereka melakukan pemeriksaan kenderaan sahaja.

 

Menurut wartawan Komentar kenderaan di periksa dan di geledah hanya untuk menakut-nakut rakyat yang mahu menghadiri perhimpunan aman tersebut.

 

TIDAK ADA TANGKAPAN SETAKAT INI.

 

Mereka hanya mengertak dan menakut-nakutkan rakyat. Jangan cemas teruskan perjalanan kerana tidak ada sebab mereka boleh menghalang perjalanan.

 

Ingat kita menghadiri perhimpunan aman dan tidak ada satu benda yang boleh di klasifikasikan sebagai senjata di bawa.

 

Dimaklumkan kemungkinan mereka yang menuduh kita membawa senjata , itu semua palsu….. itu provokasi untuk menakutkan rakyat dan bertujuan untuk memburuk-burukkan reformis. Jangan gundah pemimpin Barisan Alternatif turut ke sana hari ini.

 

Jumpa di sana

 

Selamat Reformasi