NASIHAT DARI KOMENTAR

Komentar 5/4/2000

 

Pihak Komentar terlebih dahulu memohon maaf kepada pembaca sekiranya artikel ini berlainan sedikit dari artikel yang menjadi agenda utama Komentar yakni Black 14. Komentar masih menerima lapuran-lapuran dalaman parti tetapi seperti yang telah Komentar maklumkan buat masa ini kita tumpukan kepada agenda Black 14 kerana agenda ini mempunyai matlamat besar dalam perjuangan kita selama ini. Sungguhpun begitu perkara ini perlu disampaikan kerana ianya juga penting dalam perjuangan parti. Komentar percaya BUKANLAH Komentar antara mereka yang layak memberi nasihat tetapi kemungkinan akibat pergerakkan dan pergaulan Komentar diperingkat bawahan dan kemungkinan dengan tersoroknya identity Komentar maka informasi-informasi tersebut sampai kepada Komentar. Apapun nasihat menasihati tidak salah, kita manusia terkadang terbabas perbuatan dan tersalah dalam melangkah. Kita perlu sedar bahawa dalam kancah politik kita terdedah dalam segala macam tohmahan dan fitnah biar datang dalam parti ataupun dari pihak musuh. Kita perlu sedar dan peka keadaan sekeliling kita dan menilai mana musuh dan mana satu sahabat.

 

Sungguhpun Komentar sedar Komentar belum mahu berterus terang akan apa maklumat yang Komentar terima tetapi ambil  ikhtibar dari apa yang mahu Komentar katakan. Ia nya untuk kebaikan sdr-sdr juga. Dalam artikel ini Komentar akan memberi pengkhususan kepada 3 kepimpinan keADILan. Pertama adalah Sdr YB Rahman Yusoff, kedua adalah Sdr YB Azmin Ali dan ketiga adalah Sdr Dr Wahid. Komentar akan menggunakan “generalization” dalam artikel ini.

 

Sdr-Sdr,

 

Sungguhpun Komentar percaya sdr-sdr lebih arif dalam pergolakkan dan selok belok  politik tetapi terkadang antara kita lupa atau mengambil mudah beberapa perkara yang kononnya TIDAK AKAN BERLAKU ATAU TIDAK MUNGKIN BERLAKU. Pengambilan mudah ini adalah berkemungkinan kita tidak percaya akan ada antara kita yang tergamak  menyebar fitnah dan tohmahan dalam usaha memburukkan kita lantas seterusnya menjatuhkan kita dari tempat yang kita duduk sementara ini. Ingatlah bekas Timbalan Perdana Menteri kita adalah contoh yang paling baik. Kes Sdr Anwar Ibrahim adalah kes contoh betapa mereka sanggup melakukan apa sahaja yang kita fikir tidak tergamak untuk kita lakukan. Kita lihat betapa isu wanita dan moral kita dijadikan bahan untuk membuat fitnah dan tohmahan agar kita tersungkur. Ingat Sdr-Sdr hadir untuk menentukkan agenda perubahan secara keseluruhan di Malaysia tetapi ada antara kita hadir dengan agenda perubahan untuk diri sendiri. Musuh ada dimana-mana. Langkah perlu dijaga agar tidak langsung memberi peluang bagi mereka menyempurnakan agenda mereka. Percayalah bahawa musuh kita kekadang adalah kawan kita sendiri.

 

Sdr-Sdr,

 

Anwar Ibrahim tidak mempercayai bahawa ada kegiatan atau apa yang kita katakan sebagai konspirasi untuk menjatuhkan dirinya. Anwar Ibrahim tidak langsung menyangka bahawa antara kawan-kawan beliau ada yang bertopengkan manusia tetapi berhati syaitan. Mereka telah dikelabukan dengan nafsu tamak haloba yang senantiasa ada dalam manusia. Yang membezakan adalah cara kita mengawalnya. Agenda mudah mereka untuk menjatuhkan Sdr Anwar Ibrahim adalah dengan penipuan, tohmahan dan fitnah. Moral Sdr Anwar Ibrahim dicalarkan dengan rekaan cerita dan insiden yang terlampau jijik untuk kita fikirkan tetapi kerana kita merasakan ianya tidak mungkin dilakukan oleh manusia maka kita tercalar dan terperangkap oleh kerana sikap prasangka baik kita. Manusia hadir dalam segala bentuk pemikiran dan perasaan. Mereka mampu melakukan perkara-perkara yang kita rasakan TIDAK MUNGKIN.  Malang sekiranya apabila kita mula mempercayainya ianya sudah terlewat. Ianya sudah terlambat.

 

Sdr-sdr (khususnya Sdr Rahman Yusoff)

 

Berjaga-jagalah, berhati-hatilah, berwaspadalah agar langkah sdr-sdr semua diaturkan agar peluang untuk mereka cuba dan mencuba tidak berjaya. Bersiaplah agar segala kemungkinan yang hadir dapat di “anticipate” sebelum ianya terlewat. Toleh dan lihat sebelum melangkah dan berwaspadalah. Kuatkan tekad, nekad dan teguhkan pegangan kita agar kita tidak dibawa memasuki perangkap durjana mereka. Mereka sedang memasang perangkap dan mungkin adalah menjadi kewajiban KOMENTAR untuk mengingati sdr-sdr semua. Sesungguhnya kita percaya bahawa Allah akan memelihara kita yang dijalan kebenaran tetapi sedarlah disamping kita bertawakal kita juga harus berusaha.

 

Sdr-sdr yang dikasihi,

 

Niat Komentar hanyalah untuk memberi sedikit nasihat atas berita yang telah sampai ke Komentar. Komentar TIDAK MAHU mengulas berita yang diterima tetapi Komentar ingin mengingati agar sdr-sdr berhati-hati. Insyallah Allah melindungi kita.

 

Sekian

 

KOMENTAR