MUNGKINKAH HANYA MOHD AMIN (KETUA KUMPULAN AL~MA'UNAH) YANG AKAN DI KAMBING HITAMKAN DALAM SANDIWARA SAUK ?

 

Kenapa Mohd Amin di lainkan dari rakan~rakan Al~Ma'unah yang lain ? Komentar dimaklumkan bahawa kemungkinan rakan yang lain akan dikenakan hukuman yang agak ringan sedangkan Mohd Amin akan terus digunakan untuk tujuan politik UMNO

Hari ini 07.12.2000 keputusan bagi 7 ahli Al~Ma'unah yang mengaku bersalah dan telah di sokong untuk diberi satu hukuman yang lebih ringan oleh Mohtar Abdullah. Mereka di sokong oleh Mohtar Abdullah adalah semata-mata kerana perencanaan yang mungkin telah dibuat sebelum isu Sauk. Komplikasi tuduhan dalam isu Sauk ini juga menguatkan kita bahawa ini satu sandiwara kerajaan untuk menenggelamkan kekuatan PAS dengan menunjukkan kesan agama keatas sesaorang.

Komentar dimaklumkan bahawa senario Sandiwara Sauk akan lebih terserlah dengan keputusan perbicaraan itu sebenar lagi. Insyallah Komentar akan cuba memaklumkan keputusannya sebaik sahaja ianya di terima.

Komentar