KOMENTAR

 

24.06.00

SALAM REFORMASI

 

TINDAKAN PENGECUT KERAJAAN MALAYSIA DALAM MEMBUAT TUDUHAN KEATAS KES SAUK (AL-MA’UNAH)

 

Mereka mengatakan ini BUKAN SNDIWARA. Mereka mengatakan bahawa AL-MA’UNAH adalah pendokong PAS. Mereka telah menangkap 29 anggota yang kononnya terlibat dalam rompakan senjata, membunuh, menculik dan pelbagai kes jenayah. Sejerus selepas dari kes AL-MA’UNAH, diberitakan beberapa bom cuba diletupkan di kuil hindu, kilang carlberg dan pusat membeli belah.

 

Puluhan anggota AL-MA’UNAH di tahan atas ISA. 29 orang yang ditangkap dituduh di Mahkamah. Perbicaraan kes jenayah ini akan didengari. Harus mereka akan dikenakan atas Section 121 (Penal Code), malangnya mereka dikenakan atas Section 19 Essential (Security Cases) Regulation 1975 (ESCAR).

 

Apakah ESCAR ini? Kenapa tidak Section 121 (Penal Code)? Apa pula muslihat ESCAR ini?

 

Apa sebenarnya yang hendak disorokkan oleh KERAJAAN? Pertuduhan Section 19  Escar ini menghalang proses perbicaraan terbuka/telus dan adil dalam mahkamah. Pertuduhan atas ESCAR ini menarik hak peguambela untuk menyoal saksi yang dibawa oleh pendakwa.

 

Banyak lagi hak-hak bagi mendapatkan satu perbicaraan yang terbuka terhalang oleh Section 19 ESCAR. Apakah ini bukan satu kes jenayah yang perlu dibicarakan dengan terbuka. Kalau kerajaan bersikap telus dan yakin atas perbuatan jenayah yang dilakukan keatas 29 mereka yang ditahan mengapa pertuduhan keatas mereka terikat. Apakah POLIS tidak cukup bukti-bukti ataupun apakah bukti-bukti yang ada tidak kukuh dan kerajaan takut menghadapkan mereka atas pertuduhan jenayah yang membenarkan peguambela menyempurnakan tugas menbela mereka.

 

Kerajaan membuat pertuduhan atas Section 19 ESCAR kerana mahu menghadkan pembongkaran keatas kes SAUK (AL-MA’UNAH)

 

LANTAS KERAGUAN KITA MEMUNCAK KEMBALI.

DATUK NAJIB BOLEH KE TIDAK BUAT ULANG TAYANG PEMENTASAN MENGISI SENJATA DAN PELURU DALAM PAJERO MELALUI TV3?

 

KOMENTAR