MEGAT JUNID MASIH SUKAR UNTUK TIDUR LENA

Komentar 7/4/2000

 

Megat Junid masih tidak lena. Peguam-peguam Anwar kini dipersalahkan dalam kes akuan bersumpah beliau. Megat jelas tertekan. Mungkin fail-fail lama beliau yang dibawah meja Maahthir kini telah mula dan akan diselongkar. Peguam-peguam Anwar patut mengambil tindakan keatas Megat Junid ini. Komentar percaya sekiranya tidakkan diambil keatas Megat Junid pasti Dr Mahathir tidak akan membela beliau atas dosa Akuan berkanun yang dibuat oleh Megat Junid. Akuan Berkanun Megat Junid yang bertarikh 27/3/2000 sebenarnya mempunyai beberapa indikasi penting. Megat Junid nampaknya sedang memberi “signal” kepada kita bahawa Datuk Aziz Shamsuddin adalah orang yang mempunyai motif kuat dalam rancangan menjatuhkan Sdr Anwar Ibrahim. Megat Junid sekarang lebih tertekan. Mahu dibocorkan semua takut padah pada dirinya, kalau disorokkan semua pekong ini pasti busuk dan terselongkar jua semasa beliau dipanggil menjadi saksi. Megat Junid terus tertekan dan penekanan ini jelas atas dosa yang telah beliau lakukkan. Megat Junid akan berdepan di mahkamah nanti dengan seribu macam persoalan.

 

MEGAT AGAKNYA BERDOA AGAR BELIAU TIDAK TERSASUL LAGI.

 

Komentar