KOMENTAR

CARA BARU BERKEMPEN

Bila Cikgu kencing berdiri anak murid kencing berlari

EMAIL DARI ANAK MELAYU

 

 

Dr Mahathir Mohamed Presiden UMNO yang menang kerana tidak membenarkan kerusi beliau ditandingi telah mengemukakan arahan kepada semua ahli yang bakal bertanding dalam pemilihan UMNO yang akan datang supaya TIDAK BERKEMPEN. LARANGAN BERKEMPEN ini adalah untuk menyekat kehadiran politik wang yang memang telah menjadi budaya UMNO dan susah untuk dikikis. Budaya politik wang ini menjadikan UMNO kaya dengan kronisma, nepostisma dan rasuah. Komentar didedahkan dengan budaya berkempen baru yang akan digunakan oleh salah seorang ahli UMNO yang akan bertanding dalam EXCO PEMUDA MALAYSIA.

 

Semasa kempen pilihanraya UMUM ke 10 Dr Mahathir telah menggunakan Siti Nurhaliza untuk kempennya. Penggunaan artis ini secara langsung atau tidak adalah untuk memancing undi bagi UMNO. Sekarang bersesuaian dengan perpatah “ KALAU CIKGU KENCING BERDIRI ANAK MURID KENCING BERLARI” Komentar didedahkan dengan penggunaan kumpulan lawak SENARIO untuk memancing undi di peringkat Selangor demi untuk mempromosi diri bagi memenangi kerusi EXCO PEMUDA MALAYSIA.

 

Esok 30.04.2000 dimaklumkan kepada Komentar Kumpulan Lawak Senario akan membuat persembahan di Stadium Selayang. Persembahan ini adalah anjuran S.A Continental. Dimaklumkan kepada Komentar syarikat ini adalah kepunyaan Said Anuar Said Ahmad. Ini adalah cara terbaru mempromosi diri bagi memancing undi untuk pemilihan EXCO PEMUDA nanti. Pihak Komentar akan membuat tinjauan sejauh mana kebenaran berita ini esok.

 

Pengirim email ini berjanji akan menyambung tulisan ini esok setelah Konsert itu dilaksanakan.