KOMENTAR

 

 

15.11.2000

Salam Reformasi

 

 

 

NAH ! INI DIA SAMSENG BN UMNO SELANGOR

 

 

UMNO SUDAH MULA JADI SAMSENG

 

Baru beberapa hari sudah Komentar merakamkan PEMUDA UMNO bertindak sebagai samseng kampung, kini kita di temukan dengan Datuk Zakaria Mat Derus pemimpin “Samseng Selangor”. Komentar melihat semua surat kabar media Perdana tidak mengatakan apakah kata-kata kesat yang lahir dari Adun Samseng BN Selat Klang tersebut.

 

Datuk Zakaria Mat Derus MENGATAKAN “ BABI CINA” kepada Adun Bandar Klang DAP, Teng Chang Khim. Sikap “samseng kampung” ini sudah menjadi budaya baru BN khususnya UMNO. Mungkin ADUN-ADUN SELANGOR mempelajari ini semua dari polis yang mengendalikan perhimpunan Aman 5 Nov 2000. Mungkin juga bagi “samseng UMNO” kalau memukul tanpa mengikat tangan dan menutup mata orang yang di pukul akan hanya di denda 100-200 ringgit sahaja kerana Rahim Noor meneranjang kejam Anwar Ibrahim dengan mengikat tangan dan menutup mata hanya di kenakan hukuman ringan.

 

Inilah semua yang di bawa oleh UMNO sekarang ini. Sesiapa sahaja boleh mengaku di liwat untuk tujuan sendiri. UMNO benar-benar sudah usang. Menunggu runtuhnya Mahathir dan UMNO.

 

Komentar