KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

06.06.2000

 

SALAM REFORMASI

 

Mereka berkumpul dan terus menerus memfitnah Ezam Mohd Noor. Tindakan mereka lebih kepada membalas dendam dari hanya kononya tidak berpuashati dalam keADILan. Zul Adha terus menerus memfitnah Ezam pada Majlis Menerima Sampah keADILan Sdr Wan Indra ke UMNO di PWTC siang tadi. Pelbagai cerita tentang Ezam di buat untuk terus menjatuhkan kredibiliti Ezam. Ezam punyai keberanian yang luar biasa dalam memperjuangkan tuntutan Reformasi. UMNO gerun lantas mengunakan metalogi Umi Halfida untuk menjatuhkan Ezam. Hadirlah sampah-sampah keADILan yang menyebarkan fitnah untuk mendapat habuan untuk diri mereka sendiri. Tanpa mereka sedari mereka turut dikutuk oleh UMNO sebaik sahaja mereka membuat sidang akhbar tadi. Beberapa ahli UMNO turut menghina mereka pada saat mereka membuat deklarasi masuk UMNO. Perkataan sampah keADILan ini adalah salah satu lebel untuk mereka yang diberi oleh UMNO. Kesian mereka dilebelkan sedemikian hanya kerana mengejar wang sekitar RM 30,000- RM 50,000.

 

Kalau mahukan perubahan atau tidak setuju dengan pentadbiran parti suarakan, Komentar menyokong suara-suara itu demi untuk mempertegakkan keadilan yang luhur, tetapi keluar parti dan menyebarkan fitnah adalah perbuatan terkutuk.

 

Komentar