KOMENTAR

 

16.10.2000

Salam Reformasi

 

ASTORA JABAT, SALMAN RUSHDIE MALAYSIA

 

Dalam keghairahan Astora Jabat mengampu UMNO dengan dengan tulisannya di Utusan Malaysia, sedar tidak sedar beliau melangkah selangkah lagi untuk di ijab sebagai Salman Rushdie Malaysia. Komentar merujuk khas kepada artikel beliau dalam Utusan Malaysia bertarikh 13 Oktober 2000 yang bertajuk “ ROGOL DALAM BAS DARI SUDUT HUDUD

 

Petikan tulisan Astora Jabat

 

Bagaimana boleh dilaksanakan hukuman hudud ke atas penzina/peliwat dan pembunuh Noor Suzaily itu?

 

Tidakkah untuk melaksanakan hukuman hudud ke atas pelaku jenayah zina dan liwat itu memerlukan empat saksi?

 

Dari manakah empat saksi itu boleh didapati kerana tiada seorang pun yang melihat jenayah paling dahsyat yang berlaku dalam bas itu?

 

Tidakkah ini bererti penjenayah boleh terlepas dari jenayah dengan mudah saja jika dilaksanakan hukuman hudud yang di laung-laungkan oleh PAS?

 

 

Komentar ingin memberi peringatan kepada Astora Jabat bahawa Hukum Hudud adalah Hukum Allah dan bukan hukum PAS. PAS tidak pernah mencipta hudud dan hudud bukan miliknya. PAS mahu melaksanakan hukum Allah bersesuaian dengan peruntukan Al Quran dan Sunnah. Astora Jabat dalam tulisan di atas cuba bersoal jawab dengan ketetapan ALLAH SWT. Hudud kalau di lihat dari sudut yang sempit maka sempitlah ia. Ulamak UMNO sendiri tidak akan berani mempertikaikan hukum Allah. Artikel Komentar sebelum ini juga telah menceritakan sedikit sebanyak perihal hudud.(sila rujuk tulisan sdr kita dari Adil-Net)

ASTORA Jabat sekarang cuba membawa kita untuk membidas landasan-landasan yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT.

 

Astora Jabat cuba memperkecil-kecilkan hukum hudud kerana mahu menegakkan kes liwat Anwar Ibrahim.

 

 

Lihat tulisan beliau

------------------------------------------------------------------------

 

 Jika kita yakin bahawa kes merogol dan membunuh dalam bas mesti dikenakan hukuman seberat-beratnya keatas penjenayah tersebut walaupun tidak ada empat saksi, kenapa kita tidak berpenderian begitu juga dengan kes liwat itu?

 

Orang Pas menganggap keputusan kes liwat oleh badan kehakiman negara ini tidak lama dulu sebagai tidak adil. Di mana-mana mereka berceramah , mereka mengungkit isu itu.

 

 

Sebenarnya Astora Jabat tidak buta dari kaca mata Komentar. Beliau sedar tulisan beliau salah tetapi tetap berbuat demikian atas kekaburan mata hati kerana di jajah kehendak dan kemahuan kehidupan. Bersenkongkol dengan penegak fitnah yang sedang memerintah dan kaya banyak manafaatnya untuk Astora Jabat. Komentar sebenarnya percaya Astora Jabat sedar beberapa perkara dalam perjalanan badan kehakiman yang nyata pincang.

 

Kita ambil satu kes sahaja;

 

Penuduh Anwar Ibrahim meliwatnya Azizan Abu Bakar tidak ingat tarikh dan tahun beliau di liwat dan berharap kepada pihak tertentu untuk menentukan masanya beliau diliwat.

 

Kita lihat kes Noor Suzaily “ terdapat saksi yang mengatakan bahawa Noor Suzaily cuba berteriak dan melawan demi menyelamatkan diri dari perlakukan “ tetapi apakah Azizan Abu Bakar cuma membenarkan, atau sebenarnya ianya satu fitnah mainan penjenayah yang berlindung di sebalik Mahathir?

 

Mungkinkah Astora Jabat turut membenarkan diri di liwat tanpa memberontak dan tanpa mengambil segala daya untuk menghancurkan atau melawan si peliwat tersebut. Mungkin Astora Jabat akan mengambil tindakan sama seperti Azizan dengan   4 tahun untuk mula membuat lapuran polis?  Fikirkanlah dan rujuk kepada mana-mana badan perundangan yang tidak bersenkongkol dengan Mahathir tentang keanehan kes Anwar Ibrahim.

 

Fikirkanlah, Astora hanya menulis atas kehendak dan kemungkinan mendapatkan ganjaran untuk terus hidup membohongi diri.

 

Komentar ULANGI Astora Jabat hanya membohongi dirinya sendiri.

 

Biarlah Astora Jabat memekik melaungkan kepalsuan sedangkan kita jelas nampak bahawa Astora sudah mula menyesatkan diri hanya untuk mempertahankan kemungkaran.

 

Astora Jabat menghala ke jalan Salman Rushdie?

 

Komentar