Saifuddin menggengam tangan menunjukkan kejayaan Barisan Alternatif

Setelah di umumkan kemenangan Sdr Saifuddin di Lunas

 

Mesej Penghargaan Lisan

Dari Saudara (YB)  Saifuddin Nasution Ismail : "Saya mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnianya akhirnya Barisan Alternatif berjaya mencapai kejayaan di LUNAS. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pucuk Pimpinan Barisan Alternatif - PAS, KeADILan, DAP dan PRM , YB Ustaz Fadzil Noor, YB Datin Seri Dr Wan Azizah, En Lim Kit Siang, Dr Syed Hussin Ali, Pergerakan Pemuda Barisan Alternatif  para petugas Barisan Alternatif di Lunas yang tidak kenal apa itu erti penat dan lelah serta mereka yang telah memberikan segala bentuk sumbangan samada secara fizikal, kewangan, buah fikiran dan sebagainya. Tidak dilupakan, para penyokong yang senantiasa mendoakan kejayaan perjuangan ini terutamanya di ruang siber. Juga teristimewa buat para webmaster Laman-laman Pro Reformasi yang gigih dan tidak putus asa dalam perjuangan seharian. ...........Perjuangan kita untuk membebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim serta memastikan PERUBAHAN tertegak di negara ini mesti diteruskan. Insya Allah..."

Mesej ini dicatit secara spontan sejurus selepas pengumuman kemenangan beliau khas untuk versi Laman-laman Pro Reformasi .

Maaf tidak lengkap.

Sukarelawan Teknologi Maklumat, Bilik Gerakan LUNAS