Sokongan Terhadap Inisiatif Perhimpunan Raya

 

Yang Berbahagia
Tan Sri Pengerusi
Serta Ahli-ahli Suruhanjaya SUHAKAM

Assalamu'laikum wb dan Salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah di atas kegigihan Yang Berbahagia sekelian yang telah dengan penuh keprihatinan dan serius menjalankan tanggung jawab yang telah diamanahkan.

Saya ingin melahirkan sokongan saya terhadap inisiatif Perhimpunan Hari Raya Rakyat yang akan dianjurkan pada 20 Januari 2001 di Batu 9 1/4 Jalan Banting, Teluk Panglima Garang.

Perhimpunan aman seperti ini yang melibatkan semua lapisan rakyat daripada pelbagai kaum, dalam suasana menyambut sambutan Hari Raya, Tahun Baru/Alaf Baru dan Tahun Baru Cina yang akan menjelang, sudah tentu akan mengukuhkan
Perpaduan Nasional dan keharmonian rakyat.

Saya merayu agar pihak tuan dapat berhubung dengan pihak yang berwajib agar sekatan dan tekanan tidak dikenakan, justeru perhimpunan ini dilindungi, sejajar dengan kebebasan dan hak rakyat untuk berhimpun sepertimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sekian, terima kasih.

"Selamat Hari Raya Eidil Fitri & Selamat Menyambut Tahun/Alaf Baru"
 

Yang benar,

Ir Hj Sahri Bahari
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti KeADILan Nasional