Sah...umum telah pun tahu, perjumpaan peringkat atasan yang melibatkan dua parti utama negara tidak terlaksana sebagaimana yang dirancangkan. Jika dahulu debat yang diwar-warkan juga telah terbatal dengan sendirinya setelah tawar-menawar kedua-dua pihak telah mendapat persetujuan. Cuma aqadnya sahaja yang belum dilafazkan. Hari ini wayang yang sama telah berulang.

Media pro-kerajaan secara tidak segan silu mengecam pihak PAS lantaran kebuntuan perbincangan yang sepatutnya berlaku pada hari ini. Dalam temuramahnya dengan Mufti Perak, ahli akademik Ramlah Adam,Suhaimi Ibrahim, kenapa perkara yang sebegini digemburkan tanpa merujuk kepada pihak berwajib. Memanglah PAS telah meminta penangguhan agar beberapa tuntutan mereka berhubung beberapa perkara agar dipandang lebih serius. Status quo yang dipohon harus diteliti sebelum bertempik tak menentu.

Kenyataan beberapa orang yang ditemui sebagaimana yang tersiar di berita TV3, seperti kenyataan Saifuddin Abdullah yang seolah-oleh melihat aduan PAS tentang beberapa perkara pada kerajaan serta UMNO adalah dalam konteks yang berbeda adalah sedikit mengelirukan.Ini kerana kita sedia tahu UMNO adalah salah satu pertubuhan dalam Barisan Nasional yang memenangi majoriti 2/3 dalam pilihanraya yang lalu. Justeru itu apakah kelainan nya antara pemerintah yang melaksanakan sistem di dalam kerajaan dengan UMNO itu sendiri ? Tidakkah padanya terdapat ikon-ikon pemerintah ?

Kita harus memandang sesuatu perkara itu tanpa menampakkan bias kepada mana-mana pihak jika kita ingin membuat kenyataan yang tidak menyinggung mana-mana pihak. Apatah lagi jika kita tidak arif dengan sesuatu perkara itu. Ramai pengkritik serta penyokong menyatakan pandangan masing-masing berhubung pertemuan tersebut. Jika ianya berlaku maka katanya Ketuanan Melayu akan terjamin, maka jika sebaliknya maka porak-perandalah melayu itu. Benarkah sedemikian ?

Rakyat termanggu-manggu, jika dulu rakyat dikelabui dengan sindrom mengkomuniskan serta mengsosialiskan segelintir individu-individu yang condong kerapada demokrasi total. Lantarannya masyarakat semakin bengap. Fikiran massa kurang terbuka. Bahkan situasi yang sekarang ini berlaku di negara ini tentunya tidak berbeda dengan sebelumnya. Cuma bedanya pada tahun. Cara perlaksanaannya tidak jauh bedanya. Jika dulu pihak kolonial Inggeris bertubi memerangi pihak pejuang kemerdakaan seperti Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Ibrahim Haji Yaakub dan lain-lain, sekarang ini UMNO juga menggunakan konsep yang sama dalam memerangi Barisan Alternatif.

Keadah yang sama digunakan telah dibuktikan berjaya oleh orang Melayu sendiri yang memperkudakan bangsa mereka untuk kepentingan politik, kroni serta pangkat mereka agar tidak terusik.Itulah dia UMNO. Suatu kelompok masyarakat tamak lagi haloba yang memartabatkan kaum feudal tanpa mengambilkira kepentingan kaum proliteriat bawahan seperti kaum tani dan buruh. Adakah mereka yang bakal memperjuangkan nasib bangsa? Ia, mereka memperjuangkan nasib bangsa mereka (yang terpilih serta istimewa sahaja). Lalu mereka mengagihkan laba yang diperoleh dikalangan mereka sahaja tanpa mengendahkan yang lain.Yang tidak bersekutu dengan mereka.

Ayuhlah kaum tertindas, bukalah matamu. Jangan kamu angan-angan lagi. Ayuh bangkitlah di atas nama keadilan, marilah kita sepakat "kobarkan perang kelas, bukan perang agama".

Hancurkan Kapitalisme,Imperialisme dan Neo-Liberalisme.

Lukman Al-Hakim, anjaib@harakahdaily.com