KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

14.06.2000

Salam Reformasi

 

UMNO GOMBAK JUGA BERGOLAK

Olahan Komentar (email dari “sekarang adil dulu umNO)

 

Ketua Bahagian UMNO Gombak baru-baru ini digambarkan menerima permohonan beberapa orang keADILAn kedalam UMNO. Apa yang tidak kita sedari ialah penerimaan Sabaruddin ( Tukang Kasut yakni Ketua Cawangan Kg Fajar) yang pada hakikatnya tidak mempunyai sebarang impak dalam keADILan. Tujuaan utama Ketua Bahagian Gombak membeli Sabaruddin tersebut adalah untuk mempopularkan dirinya dipandangan mata Menteri Besar Selangor. Datin Paduka Zaleha Ismail pada hakikatnya suduh hilang sokongan di Gombak. Menteri Besar Selangor sendiri sudah menolak beliau. Datin Zaleha Ismail dan Fuad Hassan kini berusaha bersungguh-sungguh untuk menaikkan nama mereka di Selangor tapi malang kedua-dua pemimpin tersebut dianggap usang dalam UMNO Gombak dan dianggap jijik oleh keADILan.

 

Komentar mendapat maklumat bahawa Menteri Besar Selangor tidak puas hati dengan Datin Zeleha kerana membelakangkan beliau dalam pemilihan calon pada pilihanraya 10 yang lepas. Sikap Datin Zaleha membelakangkan MB tidak disenangi oleh ahli UMNO Gombak. Jesteru itu ramai ahli UMNO yang melebelkan beliau sebagai “nenek tua yang usang dalam politik UMNO”. Bayangkanlah dari maklumat yang kami terima, penerimaan Sabaruddin (kononnya Ketua Cawangan keADILan Kg Fajar) tidak melalui UMNO Kg Fajar kerana UMNO Kg Fajar sendiri tidak mahu menerima Sabaruddin.

 

Sungguh hina MB Selangor diperlakukan oleh Zaleha kerana hanya menerima bangkai keADILan yang jawatannya dalam keADILan pun tidak menentu.

 

Ketegangan ini akan sampai ke satu tahap yang kritikal. Kita nantikan kehancuran UMNO di Gombak.

 

Buat Fuad Hassan, kamu adalah pengkhianat pejuangan Anwar Ibrahim. Kami dari keADILan TIDAK akan memaafkan kamu. Karier kamu dalam UMNO pun akan hancur berderai.

 

Olahan Komentar dari email ( sekarang adil dulu umNo)