LAPORAN KHAS PERASMIAN TAPAK PUSAT KEADILAN SABAK BERNAM

Perjalanan dari ibu kota ke Pekan Sabak Bernam mengambil masa kira-kira 3 jam. Kesibukan jalan raya utama ke Sabak Bernam disebabkan orang ramai yang balik ke bandar dari Teluk Intan dan Sabak Bernam serta kawasan sekitarnya. Majlis Perasmian Pusat Tapak Keadilan Sabak Bernam dihadiri oleh lebih 5000 orang. Satu jumlah yang agak besar dan rekod kehadiran paling ramai setakat ini. Majlis yang dimulakan pada jam 9.00 malam itu dimeriahkan oleh kumpulan The Brothers yang terkenal dengan lagu "Hayya Lil Jihad" dan " Teman Sejati". Sedikit latar belakang Sabak Bernam, ia terletak di Utara Selangor dan bersempadan dengan Negeri Perak. Ia terkenal dengan Daerah yang paling miskin di negeri ini. Projek PPRT( Projek Pembangunan Rakyat Termiskin) sudah tidak menjadi asing bagi penduduk daerah ini. Tapak Pusat Keadilan yang terletak di Kg Tengah Batu 39, Sabak Bernam  telah menjadi tapak  kukuh BA. Tapak yang seluas 2 1/2 ekar ini akan dibina di atasnya bangunan setinggi 2 tingkat. Ia menjadi Pusat Keadilan Bahagian Sabak Bernam yang diketuai oleh Ketua Bahagiannya Dr Badrul Amin. Berikut ialah rumusan dari majlis tersebut

Jam 9.40 malam - Kehadiran para jemputan yang terdiri daripada;

1. Presiden Keadilan. Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail

2. Ketua Perhubungan Keadilan Selangor. YB Azmin Ali

3. Ketua Bahagian Keadilan Sabak Bernam . Dr Badrul Amin

4. ADUN Sg. Besar > YB Ust Salehin Mukhyi

5. Naib Ketua Pemuda PAS Selangor. Sd Norman Toha

6. Naib Ketua Bahagian Keadilan Tg Karang .dan ramai lagi

9.45 malam - ucapan aluan Dr Badrul Amin. -Beliau mengucapkan terima kasih kepada penduduk Daerah Sabak Bernam kerana memberi sokongan padu kepada BA.

10.10 malam - ucapan dari YB Ust Sollehin Mokyi -Beliau membaca serangkap pantun 2 kerat - Selamat Datang Ke Lembah Kelapa, Harga 2 sen tak jadi apa. -150 pokok kelapa ditumbangkan bagi membina Pusat Keadilan Sabak Bernam. - Dengan harga kelapa tinggal 2 sen itulah seramai 34 pelajar dari Sabak Bernam berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir. - Program ceramah BA sukar mendapat permit berbanding ceramah 25 orang ulama' UMNO yang baru dilantik untuk membuat road show ke seluruh negara. - Isu royalti minyak di Trengganu juga menjadi isu keadilan sejagat. Mengingatkan kembali peristiwa zaman rasulullah ketika perjanjian Hudaibiyah, orang musyrikin yang mengkhianati perjanjian tersebut akhirnya membawa kepada tertawannya kota Mekah oleh orang Islam. Insya-Allah  akibat pengkhianatan perjanjian royalti minyak di Trengganu akan membawa tertawannya Malaysia oleh Parti Komponen Barisan Alternetif. - Ingatlah minyak di Trengganu itu akan membakar UMNO dan Parti Komponen BN amnya. - Kejatuhan Abu Hassan memberi keuntungan kepada BA dan naiknya Dr Khir Toyo juga akan memberi keuntungan kepada BA.

10.30 malam. Perasmian oleh Dr Wan Azizah - Anwar Ibrahim kirim salam kepada penduduk Sabak Bernam. - Beliau menceritakan bagaimana keadaan Anwar di penjara dan hanya boleh bertemu sekitar 30 minit sahaja untuk setiap pertemuan. Pertemuan yang hanya sebentar itu di sebalik cermin tebal . - Beliau menceritakan kesihatan Hajjah Mak Yan ( ibu Anwar Ibrahim) - Dan banyak lagi kisah menarik (akan disiarkan dalam berita utama laman ini) - Perasmian tapak Pusat Keadilan dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim. -Menanam pokok Bunga Tanjung dan di beri nama Bunga Tanjung Kak Wan

10.55 malam. Ceramah oleh YB Azmin Ali bersambung...Anwar akan dibebaskan

Laporan Rasmi: Wartawan Laman Jebat 2020