CATATAN RUSLAN HAJI KASIM

KETUA PENERANGAN  PARTI KEADILAN NASIONAL

MENGENAI PENANGKAPAN KE ATASNYA  DI PAGI JUMAAT, 14 APRIL 2000

 

 

 

PAGI YANG HENING BERTUKAR MENJADI…

 

1.Setelah menghadiri mesyuarat Biro Politik di Ibu pejabat Parti di Phileo Damansara maka saya telah menjamu selera di salah sebuah gerai  bersama dengan dua orang lagi rakan .Selepas makan saya pun menghantar dua orang rakan saya itu untuk pulang kerumah mereka  yang kebetulannya adalah di tengah-tengah perjalanan ke rumah saya di Selayang Baru.

 

2.Sampai sahaja di rumah jam menunjukkan tepat pukul 1.00 pagi,Seperti kelazimannya maka saya pun membuka lap top dan terus  melayari Laman Reformasi salah satu Website kegemaran saya. Semasa melayari satu demi satu website untuk mengetahui perkembangan terkini lagi sensasi tiba-tiba saya terdengar bunyi kereta berhenti  di hadapan rumah saya  kemudian  saya terdengar sebuah lagi bunyi kereta berhenti  dan kali ini bunyi itu datangnya dari bahagian sebelah kiri rumah berhampiran dengan rumah jiran.

 

3.Saya juga terdengar bunyi beberapa kali  pintu kereta  ditutup dan bunyi berturut-turutan antara satu dengan yang lain. Ketika itu berdetik di hati saya apakah ada tetamu yang tidak diundang datang   bagi tujuan mengundang saya kebalai Polis malam ini kerana di waktu siangnya saya telah mendengar ada ura-ura yang pihak pemerintah akan melakukan sekali lagi operasi penangkapan keatas beberapa pemimpin parti alternatif khususnya daripada Parti Keadilan kerana dikaitkan  terlibat sebagai perancang kepada Black 14.Ia semakin meyakinkan saya apabila akhbar perdana satu dua hari sebelumnya sentiasa memuatkan kenyataan Dr.M dan Pak Lah  selaku Menteri Dalam Negeri bahawa akan ada tindakan drastik diambil 'kononnya' bagi menggagalkan rusuhan diibu kota sempena Black 14,walhal ini adalah pembohongan yang dibikin-bikin oleh Dr.M kerana gelabah dan takutnya beliau dengan bayangan dan wajah  Dato' Seri Anwar Ibrahim.

 

4.Sedang asyik melayari  internet telinga saya tak pernah lepas daripada terus cuba mengekori bunyi kereta berhenti dan bunyi beberapa dentuman pintu kereta yang ditutup sebentar tadi tetapi sehinggalah jam menunjukkan pukul 2.45pagi maka saya pun berhenti dari melayari internet.Namun hati saya masih berkata-kata dan bertanya-tanya kereta siapakah agaknya yang berhenti  berhampiran dengan rumah saya sebentar tadi??? Untuk memuaskan hati maka sayapun  menyelak dedaun tingkap/langsir dan meninjau kearah pintu pagar dibahagian hadapan rumah saya dan setelah melihat tiada sesiapa maka sayapun masuk ke kamar tidur..

 

5.Kira-kira 15 minit kemudiannya kesunyian dan keheningan pagi di rumah saya telah diganggu  oleh bunyi loceng rumah yang bertalu-talu dan apabila mendengar bunyi loceng yang bertali arus itu maka hati saya pun berkata rupa-rupanya apa  yang kujangkakan telah menjadi kenyataan. Apatah lagi  saya masih belum dapat melelapkan mata..Isteri saya yang terjaga oleh bunyi loceng yang bertali arus itu lantas bertanya saya siapakah gerangan yang datang tengah-tengah malam buta ini,??? Lantas saya  pun menjawab “Mungkin polis agaknya…” .Dia terus bertanya kenapa pula saya mahu diambil??? Saya katakan padanya bahawa saya dah dengar berita bahawa saya adalah salah seorang pemimpin keADILan  yang akan ditahan yang kononnya dikatakan  menjadi perancang utama dalam perhimpunan sempena BLACK 14.

 

6. Apabila pintu dibuka lantas saya bertanya siapa diluar?? Maka saya dengar jawapan POLIS! Dan setelah melihat memang benar ada seorang pegawai polis yang berpakaian uniform maka yakinlah saya mereka datang untuk mengambil saya maka saya pun membuka pintu  pagar  lalu seorang pegawai yang memperkenalkan dirinya sebagai Insp.Fadzil pun berkata: “Encik Ruslan diminta mengikuti kami ke Balai Polis Selayang”. Setelah  mengambil beg yang berisi ubat-ubatan maka sayapun  keluar mengikuti mereka.

 

7.Saya dapati seramai lebih kurang 14 orang anggota polis  termasuk di dalam kumpulan tersebut adalah  beberapa orang  anggota  polis daripada Bukit Aman  diketuai oleh seorang anggota yang berpangkat ASP. telah  sedia menunggu diluar rumah. Tiga buah kenderaan juga sedia menunggu iaitu sebuah pajero berwarna hitam dan dua buah proton wira.

 

8.DiBalai Polis Selayang saya berada di sana lebih kurang setengah jam. Selepas itu, sekali lagi saya diarahkan untuk menaikki pajero dengan diiringi oleh dua buah kereta proton wira dan sebuah lagi kereta peronda polis. Dari Selayang saya telah dibawa   keBalai Polis Batu Arang dan sampai di sana jam menunjukkan tepat pukul 5.15 pagi. Setelah diarahkan menyerahkan semua barang yang saya bawa maka sayapun diarahkan masuk ke dalam lokap dan tidak ada orang  atau OKT lain di dalam lokap tersebut. Turut mengawal saya adalah dua orang anggota polis yang turut mengiringi dan mengambil saya daripada rumah tadi.

.   

9. Pada pukul 10.00 pagi, dua orang anggota polis daripada Cawangan Khas  Ibupejabat Polis Rawang telah datang menemu bual saya lebih kurang 45 minit.Kemudian saya kembali kelokap sehinggalah Insp.Fadzil dan beberapa orang anggota polis yang lain datang untuk membawa saya ke IPK Jalan Hang Tuah pada pukul 1.00 tengah hari.

 

SEKIAN CUKUP SAMPAI DI SINI DAHULU CATATAN SIRI KEDUA AKAN MENYUSUL DALAM SIARAN AKAN DATANG IKUTI CERITA SELANJUTNYA…………………

 

WASSALAM.