PENGARAH
Badan Pencegah Rasuah(BPR)
Bahagian Negeri Selangor
Tingkat 3
Kompleks
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.  
                                    
13 OKTOBER 2000
 
Assalamualaikum wbt.
 
Pengarah
LAPORAN AMALAN RASUAH NAIB CANSELOR UiTM KEPADA DUA EXCO MITASA
 
Sukacitanya perkara di atas adalah di rujuk.
 
Saya adalah pemerhati dekat kepada perjalanan organisasi Kesatuan 
Kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA (MITASA) ingin melaporkan 
kepada pihak BPR bahawa Naib Canselor UiTM, Datuk Prof.Dr.Ir.Hj.Ahmad 
Zaidee Laidin telahpun merasuah kepada dua pemimpin MITASA iaitu Dr. Adnan 
Ahmad selaku Presiden MITASA dan Ali Dina yang merupakan Exco MITASA 
demi memenuhi kepentingan pengurusan UiTM.
 
Untuk pengetahuan BPR, Naib Canselor UiTM telahpun menawarkan pemergian 
mereka ke Negara Jerman pada 14 Oktober 2000 dengan harapan supaya 
MITASA mempersetujui kehendak pengurusan UiTM yang ingin menawarkan Amanah 
Tugasan Syarahan (ATS) kepada pensyarah UiTM sebanyak 18 jam selama 
satu semester dan tindakan ini jelas  bercanggah dengan perjuangan MITASA 
yang tetap mahukan ATS di UiTM selari  dengan universiti-universiti 
tempatan yang lain iaitu 12 jam sahaja.
 
Sogokan pemergian percuma mereka ke Negara Jerman dengan berselindung 
di sebalik alasan untuk mengkaji sistem akademik di sana telah memberi 
gambaran kepada saya bahawa mereka telah menerima rasuah daripada 
pengurusan UiTM bagi memenuhi hasrat pengurusan UiTM dan selanjutnya 
memastikan MITASA tidak lagi memperjuangkan keputusan rasminya. Saya yang 
memahami erti kebenaran hakiki tidak akan merelai perjuangan MITASA yang 
sepatutnya menjadi pembela kepada hak Kakitangan Akademik UiTM daripada di 
khianati oleh oleh dua pemimpin belot ini.
 
Sehubungan dengan itu, saya menuntut kepada ketegasan BPR untuk 
menyiasat perkara ini sekiranya ada prima face yang boleh di dakwa oleh BPR 
bagi memastikan amalan yang menjadi musuh dalam selimut kepada Kerajaan 
Malaysia ini dapat dibanteras hingga ke peringkat akar umbinya tanpa 
mengira kedudukan individu seperti yang diperingatkan oleh Perdana Menteri 
Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad.
 
Sekian laporan untuk pertimbangan dan tindakan BPR.
 
 
 
 
Wassalam.
 
 
Yang benar
 
 
 
 
AHMAD RAZI BIN AHMAD RAZLAN
Pemerhati Dekat
Kesatuan Kakitangan Akademik
Universiti Teknologi MARA (MITASA)
Shah Alam 
Selangor Darul Ehsan.
 
 
Salinan kepada :
 
1.      YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad
Perdana Menteri Malaysia
 
2.      YB Tan Sri Musa Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia
 
3.        Datuk Ahmad Zaki Husin
Ketua Pengarah 
Badan Pencegah Rasuah (BPR)
 
4.        Datuk Prof.Dr.Ir.Hj. Ahmad Zaidee Laidin
Naib Canselor 
Universiti Teknologi MARA
 
5.        Datuk Dr. Ibrahim Abu Shah
Timbalan Naib Canselor HEA
Universiti Teknologi MARA
 
6.        Dato’ Prof. Dr. Adnan Alias
Timbalan Naib Canselor HEP
Universiti Teknologi MARA 
 
7.        Prof. Dr. Abdul Halim Nawawi
Timbalan Naib Canselor(Perancangan&Pembangunan)
 
8.      Dr. Adnan Ahmad
Presiden MITASA