KOMENTAR

 

06.09.2000

Salam Reformasi

 

SAH BUKAN ROYALTI TAPI IHSAN

 

Semasa kerajaan Negeri Terengganu di bawah telunjuk UMNO khususnya Mahathir isu royalty ini tidak menjadi topik hangat perbincangan. Selepas kerajaan PAS memerintah pelbagai perkara tentang royalty di keluarkan dan akhirnya menyekat kerajaan PAS menerima dan memberikan sepenuh tumpuan royalty tersebut kepada pembangunan rakyat . Kerajaan Pusat pula mengatakan bahawa ini bukan royalty tetapi ihsan. Setelah itu ditaqmbah pula bahawa memeberi ihsan ini menunjukkan UMNO dan Kerajaan memberi kerana prihatin kepada penduduk negeri Terengganu. Bukankah itu biadap. Ini hanya mahu menunjukkan bahawa Pusat memberi sedekah kepada Terengganu atas royalty minyak. Perkara ini jelas mengarut kerana sekarang mereka berkata rakyat perlu bersyukur atas ihsan pusat. Satu sikap jijik dan terdesak oleh kerajaan Pusat. Perkara ini seharusnya ditentang kerana kelak setiap negeri yang kita tawan akan timbul rampasan harta negeri tersebut agar rakyat dalam itu di balas kerana mengundi PAS.

 

Bukankah ini ketidakadilan namanya?

 

Komentar

Bebaskan Anwar Ibrahim