KOMENTAR

 

03.10.2000

Salam Reformasi

 

ROMBAKKAN KABINET UMNO KEMUNGKINAN DI ADAKAN TIDAK LAMA LAGI

 

Komentar dimaklumkan oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa tidak lama lagi satu rombakkan kabinet akan dilakukan oleh Mahathir. Rombakkan ini bagi membolehkan Mahathir melantik mereka yang mahu menyokong terus beliau dan keluarganya sebaik sahaja beliau turun dari tahta. Sungguhpun dijangka beliau tidak akan meletakkan jawatan tetapi susunan ini perlu bagi mengisi tempat dikalangan mereka yang mempunyai krateria yang sama dengan Dr Mahathir. Perubahan kabinet ini juga bagi mengaburi mata rakyat bahawa UMNO juga sedang menjalankan REFORMASI dalam parti mereka sendiri. Di maklumkan kepada KOMENTAR bahawa muka-muka veteran akan di ganti dengan muka-muka baru dengan syarat muka-muka baru ini terus menerus menyatakan kesetiaan mereka kepada Mahathir.

 

Merujuk kepada perencanaan Mahathir, satu tempat akan diperuntukkan untuk membolehkan anaknya  mendapat tempat dalam kepimpinan UMNO. Apa pun anak-anak Mahathir jangan berangan. Setelah tamat riwayat Dr Mahathir, anak-anaknya yang tamak akan turut menjadi sampah di mata rakyat dan mata UMNO sendiri.  Rombakkan kabinet ini juga akan menyaksikan beberapa ahli politik veteran yang telah tercampak dahulu kembali dengan segala rekod korupsi mereka.

 

Kita tunggu perubahan yang akan dijalankan tidak lama lagi. Mereka masih berusaha mempengaruhi melayu sedangkan kita tahu usaha mereka adalah sia-sia selagi Anwar Ibrahim tidak dibebaskan.

 

 

KOMENTAR

Bebaskan Anwar