KOMENTAR

 

09.08.2000

Salam Reformasi

 

8hb August 2000 TARIKH MALANG UNTUK ARIFFIN JAKA

 

Kenapa dikatakan hari malang bagi Ariffin Jaka ? Satu dosa perlakukannya yang tidak akan diampunkan oleh keseluruhan rakyat Malaysia sehingga Hari Pengadilan beliau ARIFFIN JAKA di hadapan Allah SWT. Komentar tidak akan mengulas tentang Dr Mahathir yang secara jelas telah melemparkan fitnah dan betapa besarnya dosa beliau menuduh tanpa kesahihan bukti tetapi tangan dan kuasa Ariffin Jaka di Mahkamah yang menuruti perbuatan zalim Dr Mahathir TIDAK AKAN DIAMPUNKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA.

 

DILAKNAT ALLAH SWT mereka yang masih mendukung kezaliman Dr Mahathir. ARIFFIN JAKA dalam mahkamah turut melepaskan kata-kata keji seolah-olah mengatakan Sdr Anwar tidak berfikiran waras (you are a sick man). Tindakan keji Ariffin Jaka dikecam sungguhpun beliau sedia maklum bahawa tiada langsung kekukuhan kes liwat tersebut. Perbuatan Ariffin Jaka membantu Dr Mahathir membunuh sistem perundangan negara ini seharusnya ditentang bukan sahaja oleh pembangkang tetapi oleh UMNO sendiri. Kezaliman perbuatan mereka keatas Sdr Anwar Ibrahim seolah-olah mencabar rakyat untuk bertindak dengan lebih aggresif lagi bagi menuntut pembelaan dan menjatuhkan hukum kepada mereka yang jahat dan jijik perbuatannya. Tohmahan dan fitnah adalah lebih buruk dari membunuh dan ini dilaksanakan oleh mereka yang kononnya pemegang wadah perjuangan melayu.

 

APAKAH INI SEMUA DITERIMA OLEH RAKYAT

 

Rakyat tidak menerima semua ini. Rakyat tahu dan sedar Sdr Anwar Ibrahim dizalimi. Kezaliman ini seharusnya ditentang oleh segenap lapisan masyarat tidak mengira bangsa, kaum dan agama. UMNO sendiri harus lebih prihatin  dan mengkaji fakta-fakta kes tersebut dan sedar bahawa ini BUKAN KES JENAYAH SEMENJAK DARI AWAL LAGI.

 

Komentar amat sedih sekali takkala mendengar keputusan kehakiman tersebut sungguhpun semenjak dari awal lagi keputusan itu seolah-olah sudah diketahui. Sanggup mereka bersekongkol dengan kezaliman Mahathir. Sanggup juga Mufti-Mufti Negara ini menutup mata keatas kezaliman dan fitnah yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim. Jenis orang apakah bijak pandai agama kita yang sering keluar dalam media membicarakan tentang agama tetapi menghalalkan fitnah dan tohmahan yang mereka sendiri sebagai orang Islam patut membela.

 

RINTIHAN KOMENTAR

 

Titisan airmata ini tidak dapat lagi disembunyikan. Bumi Malaysia hari ini merintih kerana perancanaan Mahathir sekali lagi didokong oleh hamba-hambanya dalam UMNO. Andai mereka tidak sokong pun menutup mata atas kezaliman itu juga satu dosa kerana mereka antara yang punya kuasa untuk membela.

 

YA ALLAH, kepada ENGKAULAH kami memohon. Agar kezaliman mereka yang memegang kuasa didunia ini dibalas dengan kebijaksanaan ENGKAU. Agar mereka sedar atas  KEJAHATAN dan KEMUNGKARAN yang telah mereka lakukan.

 

ALLAH KEPADA KAMU KAMI POHON DOA