KOMENTAR

Komentar 1

15.05.2000

 

Rintihan Hipokrit Mahathir

 

Mahathir merintih, merayu, mengugut dan akhirnya berdoa, agar Melayu kembali bersatu. Rintihan ini menyalahkan ahli-ahli UMNO yang gagal menyatukan masyarakat melayu. Pembangkang disalahkan, Anwar Ibrahim terus dihina dan rakyat dikatakan terperdaya. Semua teknik telah dilakukan oleh Mahathir kecuali satu: “MELETAKKAN JAWATAN”.

 

Mahathir tetap menyalahkan semua orang kecuali dirinya sendiri. Terlampau banyak pengecualian bagi Mahathir sehinggakan beliau benar-benar merasakan beliau hebat dan ahli-ahli UMNO yang lain hanya layak menepuk kepada setiap baris ayat yang keluar dari mulutnya.

 

UMNO sedar bahawa keadaan UMNO kurang selesa dalam pergolakkan politik ini. UMNO sedar bahawa Melayu terpisah akibat idelogi politik dan kepimpinan Mahathir. UMNO harus bertindak aggresif. UMNO harus menyingkirkan Mahathir kerana Mahathir adalah punca pergolakkan politik. Malangnya rata-rata ahli UMNO gagal membuat perubahan malah bersenkongkol dengan kejahatan dan kezaliman Mahathir. Ahli-ahli ini gagal bertindak dan sanggup mengadaikan segala-gala kerana membela Mahathir.

 

Inilah satu perkara yang Mahathir perlu buat selain yang telah dinyatakan dalam Perhimpunan Agung UMNO, “Mahathir wajar letak jawatan

 

Komentar 1