KOMENTAR

 

26.09.2000

Salam Reformasi

 

MAHATHIR UMPAMA MENUNGGANG HARIMAU

 

Kami di Komentar sempat menilai pandangan seorang rakan Cina dalam isu samada Mahathir akan meletak jawatan atau tidak. Teori yang dikemukakan kepada Komentar oleh rakan Cina ini memberi satu pandangan yang tidak boleh di ambil ringan.

 

Komentar pernah mendengar satu teori oleh Lokman Noor Adam semasa berhimpun di Dewan Bahasa dan Pustaka tidak lama dahulu. Sdr Lokman mengatakan Mahathir adalah spesis binatang yang liat matinya dan akan bertahan sehingga ke pilihanraya akan datang.

 

Komentar Cina ini pula mengatakan bahawa Mahathir sedang menunggang harimau dan tidak mampu untuk turun kerana sekiranya beliau turun beliau akan di makan oleh harimau berkenaan. Mahu tidak mahu Mahathir mesti menunggang Harimau tersebut.

 

Setakat ini bukan sahaja pembangkang akan menantikan saat turunnya Mahathir tetapi dikalangan UMNO juga telah mula mual dengan sikap tamak haloba Mahathir dan anak-anaknya.

 

Apa beranikah Mahathir untuk turun dari Harimau yang di tungganginya?

 

Jelas teori rakan Cina Komentar ini hanya memberitahu bahawa Mahathir tidak akan turun selagi beliau sudah menyiapkan segala perencanaan untuk menyelamatkan diri dan anak-anaknya kelak. Sehingga itu jangan harap Mahathir akan turun.

 

Cara lain ialah kita turunkan dia dengan cara apa sekali pun.

 

Komentar