Salam Reformasi,

 

DIBERITAKAN SEORANG LAGI MPT MELETAKKAN JAWATAN KERANA MEMBANTAH SIKAP KEPIMPINAN KEADILAN YANG MENOLAK CADANGAN DAN NASIHAT SDR ANWAR IBRAHIM

 

Sekali lagi kita akan digemparkan dengan berita perletakan jawatan dari terus menjadi MPT keADILan. Dimaklumkan bahawa seorang lagi MPT meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan penolakkan kepimpinan tertinggi khususnya Chandra dan Anuar Tahir yang menolak saranan terbaru Sdr Anwar Ibrahim. Komentar sengaja menulis perkara ini tanpa mendedahkan nama MPT tersebut dengan harapan MPT tersebut dapat menarik balik keputusannya. Komentar mencadangkan MPT tersebut terus berusaha untuk membersihkan keADILan dari terus dijajah oleh mereka yang mula angkuh seolah-olah mereka pula yang mendapat sokongan rakyat. Ingat sokongan rakyat adalah pada tuntutan Reformasi hasil laungan Sdr Anwar Ibrahim. Dimaklumkan bahawa Sdr Anwar Ibrahim telah menyarankan 3 perkara baru-baru ini. Walaubagaimanapun hanya 1 sahaja yang diterima yakni perlantikkan Zainur Zakaria sebagai penganti Marina Yusoff. 2 lagi perkara ditolak dan enggan dilaksanakan kerana ia melibatkan kepentingan peribadi Anuar Tahir. Komentar sedang berusaha menghubungi MPT tersebut agar kita memulakan gerakan pembersihan parti. Walaubagaimanapun menurut maklumat yang diterima perletakkan jawatan ahli MPT ini telah diterima oleh Chandra dan Anuar Tahir. Usaha masih diteruskan oleh kepimpinan lain untuk memujuk ahli MPT tersebut supaya jangan meletakkan jawatan.

 

Kita tungggu senario seterusnya dan sekiranya perkara sakit ini merebak, Komentar menggesa agar Sdr Tien Chua dan Ezam Mohd Nor mengambil langkah yang sepatutnya diambil dari awal dan seperti yang mereka janjikan.

 

Komentar