SEKADAR RENUNGAN 4

 

Ketika kempen pilihanraya kecil Teluk Kemang semakin hangat, UMNO semakin agresif menyerang Keadilan.Di dalam media massa pro UMNO isu perpecahan Keadilan digembar-gemburkan. Apakah benar berlakunya krisis dalaman di dalam Keadilan? Bagaimanakah ianya berlaku?

Hakikatnya isu perpecahan Keadilan ini sengaja dirancang oleh UMNO supaya kerusi Parlimen Teluk Kemang berjaya dipertahankan oleh BN. Tekanan ke atas UMNO tidaklah ketara sangat kerana ianya melibatkan calon MIC.Oleh itu UMNO mengambil kesempatan untuk menumpukan perhatian ke atas Keadilan dan menyerangnya habis-habisan.

Caranya ialah dengan menggunakan Orang Anwar di dalam UMNO bagi menjatuhkan Keadilan. Zahid Hamidi bekas rakan karib Anwar salah seorang daripada mastermind bagi menjayakan rancangan ini. Beliau ada membuat kenyataan di dalam akhbar yang mengatakan beliau akan berusaha untuk menarik rakan-rakannya di dalam Keadilan untuk menyertai UMNO semula. Selepas kenyataan beliau itu berlakulah perpecahan terancang di dalam Keadilan di negeri Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang dan Johor. Perpecahan ini kelihatan semakin ketara kerana ramai tok dalangnya yang terdiri daripada Team wawasan(Najib, Muhammad Taib dan Muhyiddin Yassin), Kadir Sheikh Fadzir dan rakan-rakan di dalam team 15 NGO majlis tertinggi UMNO.Di atas bantuan mereka keretakan di dalam Keadilan sudah tidak dapat dielakkan lagi.

Apakah betul Keadilan mengalami krisis dalaman yang hebat sekali? Sebenarnya tidak sama sekali. Hanya beberapa pemimpin Keadilan peringkat pusat dan negeri yang menjadi pembelot kerana jiwanya begitu lemah dan mudah dibeli dengan wang ringgit. Keadilan tidak akan mengalami kerugian ekoran penghijrahan mereka ke dalam UMNO kerana Keadilan bukan sahaja berjaya menghapuskan pengkhianat di dalam parti tetapi juga dapat menguatkan lagi perpaduan di kalangan ahli-ahli parti. Sebaliknya mereka yang belot itu yang akan mengalami kerugian kerana mereka bukan sahaja tidak dihormati dan tidak dipercayai lagi oleh rakan-rakan di dalam Keadilan tetapi juga dicurigai oleh ahli-ahli UMNO. Kedudukan mereka cukup rendah malahan lebih rendah tarafnya jika dibandingkan dengan ahli-ahli Semangat 46 di dalam UMNO.

Oleh itu Keadilan perlu bertindak menguatkan lagi perpaduan di kalangan ahli-ahlinya. Keadilan juga perlu mengambil iktibar di atas krisis dalaman yang pernah berlaku di dalam parti PAS dan DAP. Allahyarham Haji Asri sendiri pernah keluar dari PAS. Begitu juga pemimpin-pemimpin PAS yang lain termasuklah Haji Nakhaie yang kini sedang menikmati kenikmatan dengan jawatannya sebagai Yang Di Pertua YADIM. DAP juga mengalami nasib yang serupa apabila datuk Yap Pian Hon, Hu Sepang dan lain lain lagi bertindak keluar parti.Namun PAS dan DAP masih utuh berdiri sebagai parti pembangkang yang kuat biarpun pernah mengalami krisis dalaman. Keadilan sendiri merupakan sebuah parti yang baru, maka sudah tentu perpecahan dan pembelotan ahli-ahliny tidak dapat dielakkan lagi.

Politik keji UMNO bukan setakat itu sahaja malahan UMNO juga berura-ura untuk mengadakan undang-undang yang melarang penggunaan Islam pada parti politik yang akhirnya boleh membawa kepada pengharaman parti PAS. Ahli-ahli PAS diingatkan supaya jangan panik kerana UMNO sekadar mengacah atau mengapi-apikan ahli-ahli PAS supaya bertindak keterlaluan dengan merusuh atau membuat kekacauan. Oleh itu UMNO akan dapat membuktikan PAS sebenarnya memperalatkan Islam apabila ahli-ahlinya bertindak terburu-buru membuat kekacauan. Sebenarnya ini hanyalah tindakan mengapi-apikan ahli-ahli PAS. Mudah-mudahan ahli-ahli PAS bertindak rasional dan bersabar. UMNO tidak akan bertindak mengharamkan perkataan Islam pada parti PAS. Ianya cuma tindakan mengacah oleh UMNO terhadap PAS.

Walaupun UMNO bertindak mengharamkan semua parti pembangkang tidak bermakna UMNO dapat menggembalikan keyakinan Orang Melayu terhadapnya.
InsyaAllah lambat laun rakyat Malaysia akan sedar segala kepincangan dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh UMNO. Pada alaf yang baru ini kita menyaksikan sokongan rakyat Malaysia terhadap BN semakin terhakis dan Barisan Alternatif semakin mendapat tempat di hati mereka.
Perubahan pasti akan berlaku cuma masanya sahaja belum diketahui. Bersabarlah semua kerana masa akan tiba jua