SEKADAR RENUNGAN ( DARI AZMAN)

 

 

Tika dan saat ini UMNO sibuk memperbesarkan perpecahan yang berlaku di dalam Parti Keadilan Nasional sedangkan mereka tidak menyedari bahawa UMNO sendiri menunggu masa untuk rebah ekoran persengketaan di antara geng rafidah dan geng zaharah, kemenangan team wawasan untuk jawatan naib presiden UMNO dan 15 NGO untuk ahli majlis tertinggi UMNO yang anti Dr Mahathir dan yang terbaru sekali ialah perselisihan di antara Dr Mahathir dengan Daim. Hakikatnya kuman di seberang lautan nampak tapi gajah di depan mata tidak nampak. UMNO hanya tahu mencari kelemahan orang lain tanpa menyedari atau buat-buat tak peduli masalah yang mereka hadapi kini kian meruncing.
Lebih menyedihkan lagi politik UMNO ala Dr Mahathir yang menyuburkan budaya fitnah di persada politik tanahair. Bukan sahaja Anwar Ibrahim yang menjadi mangsa fitnah salah laku seks dan liwat. Kini UMNO mula melibatkan anak Anwar Ibrahim pula iaitu Nurul Izzah yang difitnah mempunyai hubungan sulit dengan Ezam. Apakah selepas ini Nurul Nuha dan adik-adiknya pula akan menghadapi tuduhan yang serupa atau lebih dahsyat lagi Wan Azizah akan turut diheret sama. Apakah
dendam Dr. Mahathir sampai tergamak menjadikan anak-anak serta isteri Anwar Ibrahim sebagai mangsa untuk kepentingan politiknya.
Politik ala Dr. Mahathir hanya menyuburkan fitnah dan perkataan salah laku seks serta liwat kian mendapat tempat dalam politik tanahair. Untuk menyedapkan lagi cerita pengakuan bersumpah dibuat. Sebagai contoh pengakuan bersumpah oleh Datuk Murad yang mengatakan bahawa Anwar Ibrahim memiliki simpanan berjumlah berbillion-billion ringgit sebelum pilihanraya umum bermula pada tahun lepas. Kenapa kenyataannya tidak disiasat lagi. Apakah sumpah sebegini sekadar mainan sahaja.
Apabila PAS melalui Harakah mendedahkan segala kepincangan UMNO, maka PAS dituduh cuba memfitnah dan memecahbelahkan masyarakat Melayu. Apabila 70 peratus Orang Melayu mula menyokong Barisan Alternatif, UMNO mula mempertikaikan jatidiri Orang Melayu sedangkan bilangan Orang Melayu yang murtad semakin bertambah tidak dipedulikan oleh UMNO. Sebaliknya PAS dipersalahkan atasa segala kesalahan yang UMNO lakukan
sehingga tergamak UMNO membazirkan wang berjuta-juta ringgit semata-mata untuk menukar logo Petronas yang dikatakan mirip lambang PAS.(atas jasa dr Siti Zaharah)
UMNO kini phobia dengan PAS dan macam-macam perkara yang pelik-pelik dilakukan terhadap PAS  sama seperti apa yang dilakukan oleh Ali Rustam terhadap mereka-meraka yang menyokong parti pembangkang. Paling dahsyat ada ura-ura untuk mengharamkan Parti PAS itu sendiri dengan cadangan untuk memisahkan Islam dengan politik oleh Rais Yatim.
Kononnya UMNO mementingkan kebajikan rakyat dengan membiayai kesemua pelajar matrikulasi. Bagaimana pula dengan langkah UMNO memindahkan siaran TV Pendidikan daripada TV 2 ke ASTRO? Apakah ianya relevan dengan menguntungkan kroni-kroninya sahaja?
Hanya rakyat yang bijak sahaja dapat membezakan antara kaca dengan permata. Masih ada waktu untuk kita berfikir dan sedar.