Salam Reformasi
16hb Julai 2001

UMNO SEMAKIN RENGGANG DENGAN RAKYAT,BILA POLIS MENANGKAP KITA 

Terlebih dahulu Komentar mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Polis atas tindakan mereka menahan dan menyembur air kimia kepada mereka yang hadir di Kemunting pada hari Ahad yang lalu. Tindakan mereka lebih merapatkan rakyat kepada perjuangan pembangkang. Sebarang tindakan mereka yang nampak keras akan menjadikan kita lebih kuat dan lebih dominan. 

Usaha untuk memperjuangan agenda pembangkang masih tidak luntur dan setiapkali ada tangkapan maka setiap itulah pembangkang berjaya memgembangkan sayapnya. Komentar yakin 37 mereka yang ditangkap harus dapat menyebarkan pengaruh pembangkan dengan lebih berani lagi. Andaikan 37 mereka mempunyai 100 orang kenalan termasuk keluarga dan sahabat andai, bayangkan betapa banyaknya undi yang akan menyelebahi kita.

Inilah yang akan merapatkan kita kepada kejayaan pada pilihanraya kelak.

Komentar dalam melihat beberapa gambar keadaan di Kemunting dan yang paling menyayat hati ialah melihat anak kecil isteri kepada Saari Sungib menangis apabila ibunya di tahan pada hari tersebut. Anak kecil itu menangis kerana terpaksa berpisah dengan ibunya biarpun buat seketika. Pilu rasanya tetapi itu adalah hakikat perundangan kita. Kekadang antara merompak bank dan kesalahan menghadirkan diri untuk mendesak agar mereka yang di tangkap diatas akta kejam ISA dibebaskan adalah serupa. Merompak takkalanya adalah jenayah kecil bagi Jabatan Polis berbanding dengan mereka yang berdiri di depan Kemunting dan menyanyi kerana mereka adalah pengkhianat bangsa.

Entahlah negara ini negara kita bukan?