TAMBAHAN 6 HARI UNTUK OKT

 

KOMENTAR

17/04/00

 

Tahanan reman bagi kesemua OKT Black14 telah dilanjutkan kepada 6 hari lagi dan ini bermakna OKT ditahan selama 8 hari bagi tujuan soal siasat. Komentar berpendapat kes sekecil ini pun perlu disoal siasat sehingga 8 hari…..Inilah suatu bentuk gangguan atau harassment dan teknik yang serupa juga dipraktikkan oleh penjajah bagi tujuan menanamkan ketakutan dalam jiwa rakyat kepada pemerintah.

Semalam di TV telah menyiarkan klip perhimpunan aman yang haram di Amerika membantah polisi IMF didepan pejabat IMF di New York. Seramai 600 orang telah ditahan selepas melihat keadaan agak tak terkawal dan itupun setelah beberapa lama perhimpunan tersebut dijalankan. Tidak ada sepak terajang dan rotan merotan yang primitif itu.

Di TV juga ada menyiarkan tentang perhimpunan aman oleh kanak-kanak di Britain untuk menyerahkan memorandum kepada PM Tony Blair. Kanak kanak dididik dari awal untuk menunjuk perasaan dijalanan dan ini adalah satu keperluan dalam system demokrasi yang telus dan bebas tetapi tidak dalam system “illiberal democracy” seperti dinegara tercinta ini.