REFORMASI DALAM UMNO SIAPA YANG MEMBANTAH?

Pendekar Melayu

13.12.2000

 

Kemelut politik BN khususnya Pemuda UMNO bergolak selepas kekalahan BN di Lunas. Kenapa dan mengapa? Kekalahan di Lunas seakan satu kejutan buat BN dan satu tamparan buat Pemuda Umno.

 

Datuk Aziz Sheikh Fadzil selaku Naib Ketua Pemuda UMNO dan antara mereka yang mengendali jentera pilihanraya UMNO meletak jawatan setelah insiden LUNAS. Pemuda UMNO terkejut. Kenapa keputusan mendadak ini dilaksanakan? Majlis Tertinggi UMNO dan beberapa kepimpinan Pemuda UMNO menyelar tindakan Naib Ketua Pemuda yang dikatakan mudah merajuk. Datuk Hishammuddin kemudiannya mengatakan bahawa jika kekalahan di Lunas adalah punca perletakkan jawatan maka tindakan itu tidak wajar kerana Aziz seorang bukan punca kekalahan Lunas. Seluruh jentera UMNO perlu disalahkan.

 

Aziz kemudiannya menarik balik perletakkan jawatan tersebut dan lantas reaksi berbeza lahir dalam UMNO. Mungkin beberapa antara mereka terkilan kerana Aziz menarik balik perletakkan jawatan lantas menganggu peluang beberapa mereka untuk mengambil tempat Datuk Aziz.

 

Bagi menjawab beberapa kritikan, Datuk Aziz muncul dalam Mingguan Malaysia dengan nada yang agak aggresif dan berani. Datuk Aziz seolah-olah melepas apa yang selama ini terpendam dalam hatinya. Datuk Aziz menyelar kepimpinan yang kini hanya mahu berpaut pada jawatan sedangkan kerja dan komitmen kepada parti sudah berkurangan. Datuk Aziz juga mengkritik Pemuda UMNO yang lari budaya perjuangan dan kini hanya mahukan jawatan kerana mahukan kuasa, kerana bagi mereka kuasa umpama alat mencetak wang .

 

 

Datuk Aziz mengkritik Pemuda UMNO Malaysia yang tidak komited dan hanya mahukan kuasa buat kepentingan diri.

 

  

 

Datuk Aziz mungkin kecewa kerana didepankan dengan kebangkitan golongan muda khususnya melayu yang berjaya dijana oleh Pemuda keADILan tetapi tidak dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sewaktu di LUNAS.

 

Mungkin Datuk Aziz terkilan melihat betapa lembiknya Pemuda UMNO berbanding dengan keberanian dan komitment pemuda yang menyokong alternatif.

 

Apa pun suara Datuk Aziz baru-baru ini mula di katakan sebagai kurang ajar oleh beberapa kepimpinan veteran UMNO. Mereka seolah-olah tercabar dengan kenyataan Datuk Aziz Sheikh Fadzil.  Mereka mula membantah dan mula merasakan bahawa kemungkinan Datuk Aziz menghina mereka. Ibarat kata perpatah “ siapa yang makan lada dia yang merasa pedasnya ”. Golongan UMNO mungkin terbelah kepada golongan konsevertif dan golongan yang mahukan perubahan. Golongan konservertif setakat ini masih cuba berpaut pada kuasa sungguhpun ini sebenarnya akan menjadi satu libiliti kepada pergerakan tersebut. Mereka yang menuntut perubahan akan dikata ekstremis dan akan terus dilabel sebagai mereka yang mendokong pro-reform.     

 

Pada hakikatnya UMNO perlu perubahan. UMNO perlu bersaing dengan kebangkitan politik alaf baru. UMNO perlu sekarang melihat mereka yang bukan sahaja tidak berdaya maju malah kini ibarat penumpang yang membebankan.

 

Apapun apakah REFORMASI mampu dilaksanakan oleh UMNO. Siapakah golongan yang membantah sekiranya tuntutan Reformasi  mahu dilaungkan dalam UMNO? Apkah bentuk reformasi yang perlu dijalankan oleh UMNO ? Apakah masa ada ruang untuk reformasi atau wadah UMNO ini kian uzur menanti saat kematian.

 

Mungkin Datuk Aziz nampak, mungkin ada Pemuda lain nampak, tetapi peneraju UMNO mungkin tidak.

 

Bagi Barisan Alternatif….membujur lalu melintang patah

 

Pendekar.