REFORMIS : PILIH YANG MANA  ? POLITIK JENIS ALA PARTI
ATAU POLITIK RAKYAT....
 
Artikle Fathi Aris Omar telah mendatangkan banyak
kontraversi terhadap
pelbagai pihak yang terlibat dalam pergerakan
pembangkang (sama ada parti, organisasi formal atau
individu). Namun, prihatin saya iaitu  khasnya
terhadap golongan reformis yang dikatakan sebagai
dipinggiri oleh parti politik , khasnya PKN. Golongan
reformis muda khasnya mereka yang  aktif dalam politik
jalanan yang memang saya kenali lama dan fahami memang
telah banyak bersumbang kepada kebangkitan,penerusan
gelombangan reforsmasi rakyat , bukan saja ikut
politik  jenis "kerangka parti politik" yang banyak
kepentingan parti, kuasa serta pertimbangan serangan
sengit dari parti zalim ke atas perjuangan politik
parti.
 
 
Persoalan yang ingin diutarakan ialah apa bezanya
politik jenis parti (jenis demokrasi parlimen) dan
politik rakyat . Memang ada bezanya sebuah "parti
politik " jenis mengikut atur demokrasi jenis parlimen
yang pentingkan kemenangan pilihanraya serta gerakan
rakyat yang tersusun dengan kuasa politik yang
tersendiri,iaitu politik rakyat. Politik rakyat muncul
dalam pelbagai bentuk dan tidak mesti wujud dalam
bentuk parti politik dan mereka yang  terlibat amat
"politicalised". Satu taktik kawalan "mempolitikkan"
rakrat dan masyarakat dalam sistem "depoliticalsed"
kita ialah menghalang kesatuan dan pertubuhan dari
melibatkan diri secra langsung dalam pilihanraya dan
menyekat mereka persoalkan isu-isu negara dengan sifat
politik. Sebenarnya, inilah taktik Brittish dan jua
Kerajaan BN yang ingin meletakkan "permainan politik "
ini berkongkong kepada parlimen, ahli politik yang
mewakili "massa" dan menutakan  kesedran politik
rakyat massa bangkit sebagai actor utama dalam
masyarakat. Justeru itu, politik
Parlimen adalah politik "perwakilan", tapi ia tidak
semestinya merupakan politik rakyat
Yang semua orang mampu mewakili sendiri atau secara
kolektif.
 
Tapi,apa yang saya terkilan iaitu, kalaulah benar
reformis tulen fahami political games,  tersebut,
haruslah sedar  parti politik  kita semua memain games
yang berbeza dengan kita yang katakan sanjungkan kuasa
rakyat sebagai kuasa keramat. Kuasa rakyat adalah
suatu kuasa yang sebenarnya tidak semestinya dikatakan
"anarkis" yang  selalu salah disebut atau dengan cara
revolusi. Ia  boleh dibentuk dengan membentuk kuasa
rakyat berbentuk orgnaisasi Massa, menurut sektor
(seperti kesatuan sekerja, kesatuan rakyat (pertubuhan
setinggan, petani, wanita dll), pelajar , pemuda dll)
yang walaupun bukan "parti politik" , tetapi mereka
tetap "berpolitik jenis politik rakyat" yang memainkan
peranan dalam power game yang selalu dikawali oleh
ahli politik dan parti politik yang harus ikut jejak
langkah  keperluan pilihanraya. Golongan rakyat ini
semualah adalah asas refomasi atau transformasi sistem
kita yang jua mempunyai bukan saja isi kandungan
perjuangan sifat isu mereka sendiri tapi jika isi
kandungan perubanhan politik, ekonomi yang bersifat
nasional. Apa yang kita kurang sekarang iaitu
pertubuhan rakyat sendiri yang kuat dari segi
ideologi, tersusun organisasi dan kepimpinan yang
jujur. Kuasa inilah yang akan merupakan kuasa  ketiga
yang memperkayakankan dan  meneutralkan kedua kuasa BA
dan BN yang tidak semestinya membawa apa-apa perubahan
dalam pergelutan politik kuasa.
 
Justeru iu, saya ingin melontarkan soalan saya  kepada
rakan-rakan  reformis tulen yang katakan  dipinggirkan
oleh PKN. Apakha kuasa rakyat dan proses transfomasi
atau gerakan reformasai itu mesti dicapaikan melalui
vehicle parti politik ?
 
Ataupun, kita tak senang hati Kerana kita tidak
"dihayati" dan diberikan "jawatan" dalam parti ?
 
Ini persoalan yang berasaskan kepada kepercayaan
politik dan tujuan kita  bergerak atas politik  jenis
politik rakyat.
 
Kalau kita fahami apa itu politik parti  (khasnya
jenis politik jenis parlimen dan politik rakyat), apa
yang lebih penting ialalh mempersusunkan isi kandunagn
perjuangan kita sendiri secara jelas dan konkret, dan
jua permantapkan pembentukan pendidikan politik kita
sendiri dan penyokong serta membuat keptusan wadah dan
 cara perjuanagn yang ingin kita teruskan.
 
Saya  berasa rungsing dengan sikap banyak politiking
bukan saja
Ahli politik di parti politik , malah gerakan reformis
yang masih asyik setelah  dua tahun berjuang di
jalananmasih tiada perubahan dalam isi kandungan
perjuangan politik ala Anwar-PKN, ala -parti politik
dan tiada sifat "baru" yang lain dari seperti reformis
adalah satu "fraction" dalam PKN.
 
Justeru itu, kalau kita fikirkan kuasa rakyat
muktamad, apakah yang harus kita pilih ?
Persoalan ini ingin saya  ditujui kepada rakan-rakan
reformasi jalanan yang saya sayangi dan pernah kita
bersama-sama bermati-matian bergeluk dengan kekecaman
polis dan kerajaan di protes jalanan. Saya  berharap
ada nafas  baru politik dalam gerakan  reformasi ,
bukan saja hendakkan tumbangkan BN dan kritik kepada
BA.
 
 
 
Wan YI
20 Jun 2000