REFORMASI YANG MASIH MENYALA

 

Lebih sebulan saya tidak menyumbangkan sebarang artikel dalam ruangan reformasi, ini bukan disebabkan saya tidak menyokong cuma sedang memikirkan langkah yang terbaik untuk kita menjayakan impian kita mengembalikan keadilan dan sistem pemerintahan yang lebih mementingkan kehendak rakyat daripada memenuhi kehendak individu tertentu.

 

Berbagai isu yang timbul sejak kebelakangan ini dari menanggung kerugian yang dibawa oleh Daim Zainuddin melalui orang perantaranya Tajuddin Ramli (MAS), kita tak tahu berapa banyak lagi wang rakyat dikorbankan untuk mengayakan sesetengah individu. Dari tahun 1997 dimana jatuhnya ekonomi, kita melihat kerajaan pimpinan Mahathir menyelamatkan anaknya Mirzan (MISC) para kroninya seperti kes Perwaja, Bakun, Renong, LRT dan berbagai projek MEGA lainnya, perlukah kita menggadaikan masa depan anak kita hanya untuk kepentingan sesetengah pihak. Mari rakyat Malaysia bangunlah singsingkan lengan bajumu laungkan R E F O R M A S I untuk menyelamatkan negara kita yang hampir tergadai ini. Yakinlah selagi mereka diatas tiada apa yang mereka fikirkan selain  diri dan kroninya .

 

Cuba anda perhatikan kenaikan kos sara hidup yang tak seimbang dengan kenaikan pendapatan, ini dengan sendirinya mengundang gejala rasuah, kurangnya daya beli dengan sendirinya meyebabkan rangsangan ekonomi yang lembab usahawan kecil dan sederhana semakin tertekan yang ironisnya Mahathir dan kabinetnya menyalahkan mereka dengan mengatakan yang mereka tidak becus dalam mengendalikan perniagaan. Cuba anda fikirkan adakah ini jenis pemerintahan yang kita perlukan. Mereka mem'bail-out' berbilion ringgit untuk anak dan kroni tapi untuk usahawan kecil dan sederhana mereka salahkan kerana tidak pandai berniaga hanya mengharapkan pertolongan kerajaan.

 

Wajarkah peniaga-peniaga ini disalahkan kalau mereka gagal, sila nyatakan apa jenis perniagaan dari yang kecil hingga yang mega semua para kroni mempunyai kepentingan, jadi kalau peniaga-peniaga ini gagal adakah mereka patut dipersalahkan. Sekali lagi saya harap  laungkanlah R E F O R M A S I sedarlah negara kita diambang kehancuran bangunlah masih banyak tugas yang kita perlu selesaikan dalam menegakan Malaysia yang lebih bersih.

 

Salam reformasi. 'LAWAN TETAP LAWAN'

 

 

a@2000