KOMENTAR

Salam Reformasi,
27-01-2001

REFORMASI DAN PERJUANGAN

Setelah tamat perhimpunan 100,000 Rakyat Jalan Kebun maka perhimpunan 100,000 raya di laksanakan. Agak kecewa kerana perhimpunan tersebut kurang mendapat sambutan. Free Anwar Campaign dalam artikelnya menyebut bahawa golongan Reformasi agak kecewa kerana sungguhpun permit di keluarkan tetapi larangan dan had bersuara tetap disekat. FAC turut memaklumkan bahawa terdapat penyokong reformasi yang dilapurkan berkata :-

"If the party wants to play by the rules then let them. After all, these are Mahathir's rules, not ours. Reformasi must be tough. And if this is not what the party wants then let Reformasi go its own way. The party can seek change through the peaceful process. Reformasi must fight. Reformasi was born on the streets. Reformasi must go back to the streets." FAC 22-01-2001

FAC juga melapurkan bahawa pendokong reformasi berpendapat program makan dan minum tidak akan dapat menumbangkan Dr Mahathir. Kekurangan sambutan 100,000 raya juga di lapurkan oleh Media Internet Malaysia Kini. Mereka mengklasifikasikan program 100,000 raya sebagai TIADA ACARA atau TIDAK ADA PROGRAM.

Komentar turut hadir pada hari tersebut sungguhpun mendapati kesukaran untuk melepasi jalan menuju ke tapak perhimpunan sebaik sahaja keluar dari tol Kesas. Komentar akui bahawa kehadiran program yang di beri permit itu tidak dapat di banggakan kerana kurangnya mereka yang hadir. Jesteru itu terkadang baru kita sedar bahawa dengan pemberian permit tetapi menghalang sebarang suara desakan reformasi maka perhimpunan itu tidak bermakna. Mungkin pois boleh mengeluarkan permit sebegini setiap hari.

Sungguhpun begitu pada pengamatan Komentar kehadiran para reformasi ke perhimpunan tersebut perlu untuk menunjukkan sokongan. Setidak-tidaknya ia boleh menjadi satu gambaran "sokongan rakyat" dengan lautan manusia yang terbentang sejauh mata memandang. Pendokong Reformasi harus juga sedar bahawa perhimpunan sedemikian sekiranya di beri permit boleh membantu dalam perjuangan sekiranya mesej kita benar-benar di sampaikan. Kita ambil contoh gambar di bawah ini.

Mulut mereka di "plaster" dengan tulisan "reformasi", lawan tetap lawan" dan pelbagai slogan.

 

Ia memberi mesej bahawa suara kita terbatas dan memberi satu indikasi bahawa penghalangan suara ini adalah satu kezaliman kepada hak asasi manusia.

Kita tidak mahu pendokong reformasi hanya diklasifikasikan sebagai "thrill seeker" dalam sesuatu perhimpunan dengan andaian mereka tidak mengerti apa tujuan ber-reformasi dan apa sebenarnya di perjuangkan. Bagi Komentar  asas kebangkitan reformasi ianya amat jelas. Ianya memperjuangkan kezaliman keatas Sdr Anwar Ibrahim. Dalam perjalanan itu kita dihadapkan dengan kepincangan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Dr Mahathir sehinggakan sistem perundangan kita tergadai. Di pertengahan perjuangan reformasi kita pula didedahkan dengan kepincangan sistem ekonomi, ketidak serasian kita dengan polisi pentabiran kewangan, pembelian saham MAS dan segala bentuk benda yang tidak dipersetujui oleh rakyat. Jesteru itu beribu-ribu isu di bahaskan dalam internet dan di ceramah-ceramah umum. Isu dari perpindahan sekolah cina, penghapusan Pusat Asasi Sains, soal harga kelapa sawit dan penanam kelapa, harga ayam dan itik, cerita sensasi Umi Halfida, soal lagu KRU dan pelbagai isu lain terkeluar. Benar ! semua isu ini berlaku dan pelbagai kepincangan terbit hasil dari rasuah, kronisma dan nepotisma. Sungguhpun begitu asas isu yang penting ialah kezaliman dan ketidakadilan dalam sistem negara ini. Pembelaan penanam kelapa dapat di baiki dengan terhapusnya sistem politik negara yang usang ini. Semuanya dapat tangani sekiranya "foundation" politik kita stabil dan tersusun lantas Menteri rasuah dapat dihadapkan ke Mahkamah sistem kehakiman kita bebas dari cengkaman Mahathir. Justeru itu  kita harus berpegang kepada isu perjuangan membebaskan Sdr Anwar Ibrahim kerana pembebasan itu akan membawa erti bahawa Mahathir telah tumbang, dan dengan tumbangnya Mahathir menteri-menteri yang rasuah dapat di hadapkan ke mahkamah kerana kehakiman sudah mula bebas. Dari situ maka satu-satu kepincangan dapat di atasi dan segala bentuk pembelaan pada rakyat dapat kita jalankan.

Apa yang boleh kita rumuskan ialah isu makro di tangani terdahulu dan kemenangan ini akan dapat memberi kita peluang untuk memfokus kepada isu-isu mikro rakyat secara terus.

Bukan bermaksud kita harus bataskan perjuangan kita hanya kepada pembebasan Anwar Ibrahim. Andaikan  kita mahu memperbaiki sesuatu kementerian dalam kerajaan. Dari luar kita mampu memberi desakan demi desakan tetapi kalau kita berjaya menyingkir ketua kementerian tersebut dan mengantikan dengan mereka yang lebih menjana kepada agenda rakyat maka perubahan semestinya lebih mudah.

Walau apa pun kita perlu juga nantikan wadah politik baru yang di maklumkan kepada kita oleh Ketua Pemuda keADILan Nasional serta AJK mereka. Mungkin ianya dapat menjana suatu kelainan yang boleh membawa kejayaan secara total dalam perjuangan ini.

Insyallah

KOMENTAR