KOMENTAR

 

Salam Reformasi

23.10.2000

 

MAHATHIR TIDAK DITERIMA OLEH KEPIMPINAN ISLAM DUNIA, APA DI SEBALIK ISU ISNA

 

Sekembalinya Sdr Ezam Mohd Nor dari menghadiri Seminar bagi Pemimpin Muda Asia Pacific, Ezam telah memaklumkan kepada pendokong reformasi bahawa beliau berkesempatan berjumpa dengan beberapa kepimpinan ISNA ( Islamic Society North America). Ezam telah di beritahu mengenai insiden apabila ISNA menarik balik jemputan ke atas Mahathir.

 

Menurut ISNA apabila mereka menarik balik jemputan ke atas Mahathir, satu perutusan surat dari Pejabat Kedutaan telah di terima oleh ISNA dengan harapan agar jemputan terhadap Dr Mahathir tidak di batalkan. ISNA tegas menolak sebarang kompromi dengan Mahathir lantas berpegang teguh untuk mengekalkan pembatalan jemputan keatas Mahathir.

 

Di maklumkan lagi oleh pihak ISNA bahawa Mahathir sebagai langkah berkompromi menjemput keseluruh Jawatankuasa ISNA untuk datang ke Malaysia. Ini adalah satu cara untuk Mahathir menunjukkan bahawa pertubuhan Islam seperti ISNA masih memberi sambutan kepada Dr Mahathir.

 

ISNA tetap menolak dan kompromi terus di buat sehingga menjanjikan perjumpaan mereka dengan Sdr Anwar dan pembebasan Sdr Anwar dengan syarat membawa balik beliau ke Amerika.

 

Tawaran Mahathir itu telah disampaikan kepada Anwar melalui peguam.

 

Anwar lantas mengatakan bahawa beliau tidak akan lari dan sanggup terkurung dalam penjara selagi agenda rakyat dan reformasi belum tercapai.

 

Inilah dia senario seorang pejuang rakyat, seorang pendekar tulen dan tidak seperti Mahathir tersipu-sipu macam kerang busuk

 

KOMENTAR