KOMENTAR

 

KENYATAAN MEDIA SDR ANWAR IBRAHIM 29.04.00

 

 

Saya amat kesal dengan keputusan mahkamah Rayuan,yang memperakui hukuman Hakim Augustine Paul yang jelas tidak adil dan tidak relevan. Kesediaan mereka bertindak mengikut telunjuk DS Dr Mahathir merupakan tamparan mengaibkan keatas kewibawaan badan kehakiman negara. Sekali lagi badan kehakiman bersedia bersengkongkol dan di peralatkan oleh kuasa elsekutif bagi mengesahkan keputusan mendera dan menghukum musuh politik mereka. (as tools of the executive to legitimize political persecution) Maka wajarlah keputusan diatur menjelang Perhimpunan Agung UMNO minggu depan. Mahkamah Rayuan bahkan tidak bersedia untuk memberi sebarang penjelasan.

 

Sejak awal lagi saya telah membantah keanggotaan Dato Mokhtar Sidin yang di percayai mempunyai prasangka terhadap saya kerana mengangkat isu tuduhan rasuah terhadapnya yang dibangkitkan sebelum sidang Majlis Raja-Raja Melayu. Disebaliknya Dato Seri Mahathir telah mengarah supaya siasatan dihentikan dan terus melantik beliau. Dalam keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan keanggotaan Dato Mokhtar Sidin , kebimbangan saya diketepikan, tuduhan rasuah ditolak bahkan menekankan alasan perlantikkan Hakim dibuat atas nasihat Perdana Menteri.

Bahkan dalam keputusan terdahulu bersabit dengan soal ikat jamim , sikap mahkamah Rayuan mula terdedah. YAM Tan Sri Lamin menolak rayuan saya dengan mengemukakan alasan janggal dan aneh terkeluar dari pertimbangan dan keadah undang-undang. Menurutnya , pembebasan saya akan menimbulkan masalah dari segi pasukan keselamatan.

 

Saya akui keberatan meletakkan harapan kepada proses mengadilan. Sepertimana yang ditegaskan oleh bekas Ketua Hakim Negara , Tun Suffian pada 10 Mac yang lalu:

 

“……the public perception is that the judiciary as a whole can no longer be trusted to know their oath of office”

“…….I wouldn’t like to be trial by today’s judges, especially if I am innocent”

 

“……tanggapan rakyat ialah , bahawa badan kehakiman pada keseluruhannya tidak boleh dipercayai untuk mematuhi sumpah jawatan mereka.

“…….saya tidak ingin diadili (dibicarakan oleh hakim-hakum sekarang, terutamanya sekiranya saya tidak bersalah”

 

Dalam lapuran terbaru (April 2000) pakr perundangan antarabangsa mendedahkan kepincangan dalam system perundangan dan badan kehakiman negara. Lapuran Justice in Jeopardy : Malaysia 2000 mempersoalkan kelayakan dan kewibawaan hakim, undang-undang yang menekan dan beberapa percanggahan prinsip undang-undang dalam keputusan keputusan beberapa kes utama serta pengaruh eksekutif yang jelas keatas badan kehakiman negara.

 

Walau bagaimana pun, saya akan meneruskan sepenuhnya proses undang-undang meskipun diragui dan dengan keterbatasan yang ada. Rakyat akan dapat menghakimi samada badan kehakiman bertindak bebas dan adil atau lebih pincang dan bobrok lagi. Dengan ini, saya akan mengangkat rayuan ke Mahkamah Persekutuan dan memohon agar Mahkamah Persekutuan bersidang dengan korum penuh.

 

MAHKAMAH RAYUAN

ANWAR IBRAHIM 29.04.2000