KOMENTAR

 

21.08.00

Salam Reformasi

PENOLONG SETIAUSAHA PERGERAKKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA TUDUH AZIZ SHEIKH FADZIL TIDAK RASIONAL DAN MELAMPAU

Lapuran MalaysiaKini yang menemu ramah Zulkifli Mohd Alwi (Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia) dalam kenyataannya mengatakan Pemuda UMNO tidak berdemo kerana kita lebih rasional dan tidak melampau. Kenyataan tersebut terus menekan Aziz Sheikh Fadzil selaku mereka yang hadir dalam DEMONSTRASI DI STADIUM. Walauapa pun dalam soal ini komen Zulkifli Mohd Alwi berkenaan tidak rasional itu benar, Aziz Sheikh Fadzil memang tidak rasional. Mengadakan demo tanpa meneliti insiden dan halatuju penentangan terhadap kaum Cina melengkapkan Aziz Sheikh Fadzil sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang tidak rasional. Apakah Aziz Sheikh Fadzil mengatakan ini juga permainan Barisan Alternatif ? Jangan-jangan sudah ada perancanaan mengugurkan Aziz Sheikh Fadzil bagi memberi laluan kepada anak Dr Mahathir.

Kalau benar, Aziz kini sedang mula mahu ditolak oleh golongan konspirator mahu memajakkan UMNO kepada mereka.

 

Sedarlah Aziz Sheikh Fadzil…orang kamu didik untuk gila merebut kuasa.

KOMENTAR