UMNO SEMAKIN RAPUH - Azman

 

UMNO semakin resah kerana dua kelompok atau kumpulan yang selama ini memberikan sokongan mereka kepada UMNO kini telah beralih arah. Kejayaan Keadilan meraih undi daripada kelompok polis dan askar serta golongan Cina ketika pilihanraya kecil Teluk Kemang membuktikan UMNO semakin dipinggirkan.

Jika selama ini UMNO boleh berbangga dengan undi pos dan undi daripada masyarakat Cina untuk memerintah negara, kini UMNO perlu bimbang mengapa golongan pengundi pos yang terdiri daripada anggota polis dan askar serta masyarakat Cina sudah berpaling tadah. Nampaknya rakyat Malaysia sudah sedar terhadap penyelewengan yang telah UMNO lakukan.

Isyarat lampu kuning telah diberikan oleh rakyat Malaysia. Bersedialah UMNO untuk mengundurkan diri sebelum disingkirkan oleh rakyat Malaysia.