AWASI rancangan jahat SB dan Mahathir
 
Oleh: Aktivis KeAdilan Gombak (AKG)
 
Wahai reformis-reformis, marilah kita sama-sama
berkumpul dengan AMAN di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Marilah kita mendengar dan melihat sendiri bagaimana
Mahathir yang mahazalim menjatuhkan hukuman terhadap
pemimpin reformasi yang tidak berdosa, Dato' Seri
Anwar Ibrahim.
 
Wahai rakyat Malaysia, ini hari terakhir dan kali
terakhir kita ingin melihat wajah Anwar, isterinya
(Presiden KeAdilan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan
Ismail) dan anak-anaknya.
 
Bayangkanlah bagaimana anak-anak yang tidak berdosa
mengetahui ayah mereka dihukum oleh seorang pemimpin
negara yang tamak kuasa.
 
Wahai rakyat, sedarlah bagaimana perasaan anda jika
anak-anak mengetahui anda akan dipenjara sedangkan
anda tidak melakukan apa-apa kesalahan?
 
Wahai ahli-ahli dan penyokong Barisan Alternatif,
marilah kita insaf SB sentiasa nak merosakkan
perhimpunan aman kita pada Jumaat (bersamaan 4hb Ogos,
2000) supaya kita semua dituduh ganas, zalim dan
jahat.
 
Tetapi, siapakah sebenarnya pemimpin negara yang
zalim? Kenapa pemimpin ini tidak dibawa ke mahkamah,
kenapa dia tidak didakwa, kenapa tidak dihukum?
 
Sebabnya semua hakim, semua SB (polis Cawangan Khas)
menjadi hamba Mahathir.
 
Jaga-jagalah siapa di sebelah anda. Jangan ikut orang
yang mencurigakan.
 
Inilah nasihat saya, jumpa di mahkamah Jumaat ini....
 
- AKG