RAKYAT DI JAJAH NEGARA DI JUAL ?
 
SIRI 3.
 
 
1.      Penjajahan Harta dan Hak Rakyat.
 
a)      Secara terang-terangan harta rakyat dirampas dengan sewenang-wenangnya …..
seperti melalui akta tanah dan wang royalti Petronas kepada Terengganu.
 
b)      UMNO@BN akan mengunakan segala jentera milek kerajaan  agar segala cita-cita
mereka untuk merampas harta rakyat…seperti tanah rizab melayu, tanah tol, tanah
setinggan dengan alasan pembangunan…..begitu juga wang milik kerajaan dan rakyat
seperti KWSP, PNB, TABUNG HAJI, PETRONAS, BANK NEGARA ….dengan membenarkan
syarikat kroni membail-out kepada pemegang amanah wang rakyat.
 
c)      Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya tanpa segan silu mengadakan
projek-projek mega….yang mana tender projek diberikan kepada anak-anak serta
kroni mereka….    wal-hal projek tersebut tidak memberikan manafaat kepada
rakyat.
 
d)      Hak rakyat sentiasa dinafikan ….. dengan mengunakan akta ISA dan kuasa
mahkamah Mahathir@Mahafiraun serta rejim Polis DR. Mahathir (PDRM) untuk
menghalang suara dan hak rakyat dipertahankan.
 
e)      Hak rakyat dalam perlembagaan persekutuan dinafikan dengan serakus-rakusnya
…… sehinggakan rakyat menjadi kecut dan ketakutan ketika berhadapan kuasa rejim
Polis DR.Mahathir (PDRM)……sedangkan konsep "Mesra Rakyat" lansung tidak
dipraktikan….yang dipraktikan konsep " Keranamu Mahathir".
 
f)      Rakyat hanya layak menerima….tapi tidak boleh mempersoalkan dari mana
puncanya.
 
g)      Rakyat hanya layak melihat …. tapi tidak boleh mengambil atau mengunakanya.
 
h)      Rakyat hanya layak mendengar … tapi tidak boleh memahaminya …. hanya layak
angguk bak burung belatuk.
 
i)      Rakyat hanya layak menghidu ….. tapi tidak boleh merasainya …. walaupun ia
halal dimakan.
 
j)      Rakyat hanya mampu melihat….mendengar….menghidu…..tapi mereka yang menjadi
kroni Mahathir@Mahafiraun serta penganut patung berhala UMNO@BN menjadi penguasa
mutlak serta berhak keatas segala-galanya.
 
2.      Penjajahan Ekonomi
 
a)      Segala peluang ekonomi hanya milek kroni dan juak-juak UMNO@BN …. rakyat
marhain hanya layak melukut ditepi gantang sehaja.
 
b)      Segala peluang ekonomi akan difaraitkan kepada pengampu UMNO@BN serta
Mahathir@Mahafiraun …..bagi mereka yang engkar akan dihapuskan dalam dunia
ekonomi.
 
c)      Rakyat marhain hanya layak menjadi peniaga gerai haram dan penjaja sehaja …..
malahan terpaksa menyewa dari individu kroni yang mempunyai ratusan tapak gerai
atau lesen penjaja.
 
d)      Lesen penjaja atau peniaga kecil hanya dianugerahkan kepada mereka yang
mengisi borang UMNO@BN dan menyumbang kepada tabung parti patung berhala itu
sehaja.
 
e)      Pusat beli-belah….Pasar Besar….Hypermarket…..Syarikat
Multi-nasional…..Syarikat Pengangkutan….Pembekalan Elektrik, Air, Telefon…..
wajip dan mesti dari syarikat kroni …… mereka yang bukan kroni akan dipaksa
menjualkan syarikat tersebut kepada kroni dengan harga yang rendah.
 
3.      Penjajahan Agama dan Sosial
 
a)      Rakyat hanya layak memilih agama mereka ….. tapi tidak layak mengamalkan
ajaran agama mereka …. terutamanya soal halal dan haram.
 
b)      Rakyat Islam hanya layak bersolat sehaja …. tapi tidak layak mendalami ilmu
serta mempraktikan ajaran Islam mengikut suruhan Nabi Muhamad s.a.w dan
Al-Quran.
 
c)      Rakyat hanya layak bersedekah ….. tapi tidak layak menerima sedekah dari
baitulmal atau wang zakat.
 
d)      Rakyat hanya layak berbudaya … tapi tidak layak mempertikaikan budaya
songsang atau merosak bangsa.
 
e)      Rakyat hanyal layak bersosial …. tapi tidak layak mempersoalkan apakah jenis
sosial tersebut ….. dan rakyat diarah mengamalkan sosial berbentuk barat yang
bertentangan dengan hukum Islam.
 
f)      Rakyat hanyak layak bergembira dan bersuka-ria …. tapi rakyat tidak boleh
menolak budaya suka-ria yang melampaui batasan bangsa dan agama.
 
g)      Rakyat hanyak layak beribadat … tapi rakyat tidak dibenarkan memahami apakah
ibadat tersebut dituntut oleh agama mereka.
 
h)      Rakyat hanya layak menerima segala arahan dalam soal agama dan sosial dari
Mahathir@Mahafiraun serta juak-juak UMNO@BN ……sekiranya rakyat menerima arahan
dan ajaran dari orang lain ….. dia dianggap mengamalkan ajaran sesat serta
mengamalkan budaya dan sosial yang haram dari segi perlembagaan Maharaja
Mahathir@Mahafiraun .
 
 
" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN  "
10hb.Okt.2000 - bersambung disiri 4.