RAKYAT DI JAJAH NEGARA DI JUAL ?

SIRI AKHIR.


1.	Hasil dari penjajahan UMNO@BN dan Mahathir@Mahafiraun .

a.	Minda dan perasaan rakyat bangsa Malaysia begitu lemah dan mudah dialunkan
mengikut rentak tari kehendak Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN dan
juak-juaknya.

b.	Rakyat kini lebih bersikap tidak apa …. dan lalai serta syahdu ….yang
pastinya sikap inilah yang benar-benar dimahukan oleh Mahathir@Mahafiraun serta
UMNO@BN ….tanpa sikap bantahan dan bangkangan ( seperti BA ) UMNO@BN akan lebih
mudah merencana segala agenda Maharaja Mahathir@Mahafiraun kerana rakyat tak
ambil tahu dan peduli apa yang nak dilakukan oleh mereka.

c.	Kita lihat ramai rakyat dan bangsa Malaysia makin tertekan  dan hilang
pertimbangan…. Kita ambil isu Bulan Oktober ini sehaja …..??

1.	Berapa ramai orang tak siuman (gila) meragut nyawa dan menawan orang ramai
secara kejam … kenapa tiba-tiba sehaja kelompok tak siuman ini mengamuk sakan
sekarang ??? adakah ia secara kebetulan sehaja….. ??? atau kerana mu
….####@@@????.

2.	Kenapa tiba-tiba kes bunuh dan rogol dijadikan isu politik sempit UMNO@BN …
dan mengatakan undang-undang hudud tak releven kepada kes Pemandu BAS ini ….
Serta aurat manusia hanya bagaikan pakaian luaran sehaja…..???

3.	Kenapa Siti Nurhaliza (intan payung Mahathir@Mahafiraun ) nak ditikam oleh
remaja…. Adakah Siti Nurhaliza ini Wakil Rakyat UMNO@BN atau pemidato mereka ….
Atau aksi Siti Nurhaliza ini telah merobek jiwa dan perasaan rakyat Malaysia
ini…..???? atau sememangnya aksi dan lagu telah melemahkan dan merosakkan
pertimbangan jiwa serta perasaan rakyat.

4.	Kenapa pembantu rumah Indonesia sanggup menculik anak majikanya kerana wang
…. Adakah ini secara kebetulan sehaja…??? Atau wang telah menjadi satu faktor
utama dalam kehidupan ini.

5.	Kenapa Dr.Khir Toyo tertekan dengan Tuan Guru Nik Aziz … apakah Tuan Guru Nik
Aziz menyebarkan ajaran sesat di Selangor dan Malaysia ( bila pula JAKIM nak
tangkap Tuan Guru Nik Aziz  dan hantar kepusat pemulihan Aqidah JAKIM )… telah
lupakah Dr.Khir Toyo kepada YB Datuk Hassan Ali …. Yang selama ini banyak
membantu beliau sehingga berjaya masuk ke Universiti …. Dan kenapa pula perlu
takut kepada pakaian warna hijau  untuk sekolah agama …. Kenapa perlu ditukar
kepada warna merah ( tak takut ke di kejar lembu ) …. Tak ke Dr.Khir Toyo sedar
orang yang menentang ULAMA dan penyebaran risalah Allah , adalah orang yang
dilaknati dan neraka jahanamlah tempatnya….. telah lupakah Dr.Khir Toyo kepada
kedua ibu-bapanya …. Setahu penulis Pak Toyo adalah orang yang berpegang kuat
kepada Islam dan begitu juga ibunya, tak kan nak ingkar kepada pesanan kedua
ibubapanya pula…????. Takut bini kut.

6.	Kenapa pula penceramah BA pulak nak ditakutkan ….. kan UMNO@BN serta
Mahathir@Mahafiruan boleh berceramah berjam-jam lamanya dimana jua (dalam TV
lagi baik) … tak perlu mintak permit polis atau kelulusan mana-mana pihak…..???
Cemburu kut …. Pasal ceramah BA mampu memberikan penerangan yang jelas serta
ikhlas kepada rakyat dan bangsa Malaysia tentang kepincangan mereka.

7.	Kenapa British Airways dan beberapa syarikat luar negara menarik pelaburan di
Malaysia ….. kan Ekonomi Malaysia telah pulih dan kadar keuntungan telah
meningkat …..????

8.	Kenapa Mahathir@Mahafiraun terpaksa merayu kepada Britain agar melabur di
Malaysia … kan dulu pernah suruh rakyat Boikot barang pengeluaran Britain …. Tak
malu ke jilat ludah sendiri….??? Atau memang dasar Mahathir@Mahathir meludah
kelangit.

9.	Kenapa harga rumah kos rendah dah tak rendah lagi …. Apakah dengan RM
25,000.00 itu tak cukup untuk menampung kroni dan juak-juak UMNO@BN . Kini nak
dinaikkan sampai RM 50,000.00 …. Kan kata Kerajaan banyak wang dan mampu
menanggung rakyat miskin.( mana perginya RM 4 billion subsidi minyak )

10.	Bulan Oktober ini benar-benar merimaskan Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN
dan juak-juak mereka …. Kerana mu Oktober….. rakyat dan bangsa Malaysia
bertambah meluat dan mengila terhadap UMNO@BN yang dipimpin oleh Maharaja
Mahathir@Mahafiraun.

d.	Kini secara totalnya jiwa, minda, perasaan rakyat dan bangsa Malaysia kini
berada dalam dua kumpulan :-

1.	Yang masih lalai dan dibuai mimpi UMNO@BN dan Mahathir@Mahafiraun akan
mengatakan serta menyokong segala perbuatan perosak bangsa ini sebagai satu
tindakkan terbaik serta menjaga kepentingan rakyat jelata. Puak-puak ini juga
menjadi makin buta hati … kerana tidak mampu membezakan yang baik dan yang
buruk. Puak-puak ini juga tiada jati diri dan mudah jual serta dibeli dengan
harta dunia yang dihidangkan oleh Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN dan
juak-juak mereka. Golongan rakyat jenis ini memang layak dihantar ke Israel
untuk dijadikan mangsa sembelihan atau tembakan pasukan gila menembak Israel.
2.	Kumpulan kedua ini adalah terdiri dari rakyat yang telah sedar dan menentang
segala kepincangan UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun …. Dan golongan ini
sentiasa menjadi musuh dan mangsa mereka ….. dan golongan penentang ini bersedia
menghadapi apa jua tekanan dan rintangan yang disediakan oleh
Mahathir@Mahafiraun dan UMNO@BN . Golongan ini juga amat ditakuti dan dibenci
oleh puak-puak penjilat serta penyokong UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun ….
Kerana puak-puak penjilat ini tak mampu nak kelentong atau gula-gulakan golongan
penentang ini…..malahan puak-puak penjilat ini terpaksa menjilat balik kata-kata
mereka kepada goilongan kedua ini. Golongan kedua ini adalah bersesuaian untuk
menjatuhkan rejim Mahathir@Mahafiraun serta merobohkan patung berhala UMNO@BN
diseluruh Malaysia dan dunia.


2.	Harta dan Maruah Tergadai.

a.	Secara totalnya segala khazanah serta hasil-mahsul negara dengan
sewenang-wenangnya dirampas dan difaraitkan untuk kroni dan anak-anak mereka.

b.	Contoh yang terbaharu PUTRAJAYA …. Dewan Undang Negeri Selangor belum lagi
berbincang tentangnya …. Tup – tup , Kabinet Persekutuan telah mengistiharkan
PUTRAJAYA sebagai Wilayah Persekutuan Ke 3 …. Sedangkan wakil rakyat ( yang
mewakili rakyat ) Selangor belumpun dimaklumkan dan membincangkan hal ini …
begitu juga Sultan Selangor sebagai raja tak tahu pun hal ini …. Kenapa Kerajaan
Persekutuan boleh meluluskan harta dan tanah negeri Selangor diambil tanpa
persetujuan seluruh rakyat Selangor dan pemerintahnya……???? Apakah ini bukan
rampasan namanya atau memang Selangor Darul – Ehsan …..dengan mudah dan rela
hati rakyatnya mengihsankan segala harta dan maruahnya kepada UMNO@BN serta
Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya.

c.	Kenapa kenaikan harga minyak 10 sen seliter …. Yang dikatakan kecil dalam
dunia ( kerajaan UMNO@BN jimat 4 billion ringgit  ) dan kenapa harga barangan
keperluan harian meningkat 20% hingga ke 50% serta tambang Bas naik 15% hingga
ke 35% ….. adakah dengan nilai 10 sen kenaikan minyak itu negara dan rakyat
boleh berjimat atau rakyat dan bangsa Malaysia terpaksa bergadai untuk menangung
defesit antara       RM 200.00 ke RM 300.00 sebulan kerana nak menyelamatkan
kroni dan juak-juak UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun .

d.	Sehingga hari ini hutang negara beratus billion ringgit ditanggung oleh
rakyat dan bangsa Malaysia. Apakah dengan kenaikan gaji 10% kakitangan kerajaan
dan Ahli Yang Berhormat ….. rakyat keseluruhan telah menikmati segala hak dan
kekayaan negara.

e.	Apakah kini negara Malaysia mampu mendabik dada keseluruh dunia … yang rakyat
dan bangsanya dari golongan elit dan kaya-raya serta tiada seorangpun rakyat dan
bangsanya merempat sebagai orang miskin atau papa-kedana. Atau UMNO@BN serta
Mahathir@Mahafiraun yang telah papa-kedana, kerana rakyat dan bangsa Malaysia
telah tidak percaya dan akur dengan sandiwara dan lakunan mereka…..????

f.	Apakah rakyat dan bangsa Malaysia mampu nak diperbodoh-bodohkan dengan
kemajuan dan kepesatan ekonomi dari filem sandiwara semasa karya
Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN dan juak-juak mereka.


Dulu, Kini dan Selamanya UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya tak
akan merasa puas dengan apa yang telah mereka lakukan kepada rakyat dan bangsa
Malaysia….. selagi tidak dapat mereka mejadikan rakyat dan bangsa Malaysia ini
sebagai hamba-abdi mereka…selagi itulah puak-puak perosak ini akan merosakan
kita semua …..???

Hanya dengan semangat juang yang jitu serta keyakinan diri yang berpaksikan
Al-Quran dan hadis nabi…..kita semua mampu menentang arus UMNO@BN serta rejim
Mahathir@Mahafiraun …..???? kini apa yang perlu kita semua lakukan … sambil kita
menentang kuasa UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun …. Iman dan jiwa serta
ketaqwaan kita perlu dimantapkan dengan cara menyertai badan pertubuhan Islam
atau ceramah BA, kuliah ilmu serta mana-mana badan siasah yang memperjuangkan
Islam sebagai satu kehidupan. Hanya dengan kekuatan iman dan ketaqwaan sehaja
kita semua akan menjadi lebih kuat serta jitu untuk menghadapi tekanan dan
serangan puak-puak UMNO@BN serta rejim Mahathir@Mahafiraun .

Pengorbanan dari semua pihak yang menyokong Islam sebagai satu kehidupan amatlah
diperlukan…. Tanpa pengorbanan dari segi masa, wang, harta, jiwa dan
sebagainya….segala cita-cita dan harapan akan tinggal sebagai angan-angan kosong
sehaja ….. kta lihat pengorbanan rakyat Terengganu …. Walaupun wang dan harta
mereka telah di ihsan oleh Mahathir@Mahafiraun dan diserahkan kepada UMNO@BN …..
rakyat Terengganu menjadi lebih kuat dan yakin bahawa kepimpinan Islam adalah
pilihan yang tepat dan bukan satu kesilapan mereka kerana menolak kepimpinan
Sekular UMNO@BN .

Bangkitlahlah seluruh rakyat dan bangsa Malaysia …. Percayalah dan usah diragui
dengan kepimpinan Islam yang berpaksikan Al-Quran dan Al-Hadis ….. semua rakyat
dan bangsa Malaysia akan tadbir dan dilayan sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w
melayang seluruh umatnya didunia ini.

Islah kearah Malaysia Yang Adil, Reformasikan Seluruh rakyat dan bangsa
Malaysia, Berjihad kearah negara Islam yang sejati.

Tamat.

“ Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN  “
- 23hb.Okt.2000