Oleh Ummu Natasya

 

Rakyat Benci Dr. Mahathir

 

SAYA tertarik dengan tulisan Maarop Md Noh dalam Berita Harian Disember 2, 2000. Antara lain Maarop menulis “…ada kebencian kepada Umno” menjadi penyebabkan kepada kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Dun Lunas, 29 November 2000 yang lalu.

Cuma, Maarop tidak menulis bahawa “ada kebencian orang terhadap Dr. Mahathir.” Pertama mungkin Maarop tidak tahu, kedua, mungkin Maarop tidak berani. Bagaimana pun, sekalung tahniah buat Maarop yang mempunyai idea yang bernas dan keberanian.

Dr. Mahathir Mohamad sudah menjadi Perdana Menteri Malaysia sejak 20 tahun lalu. Apakah dalam masa yang sebegini panjang dia tidak nampak lagi bahawa dia sudah tidak dikehendaki? Mengharapkan para menterinya memberitahu bahawa dia sudah tidak relevan, mungkin ibarat mencari kucing bertanduk tetapi Dr. Mahathir perlu yakin, jika dia berhenti tetap ada penganti.

Sehingga hari ini, yang tidak ada pengantinya hanya Nabi Besar Mohammad SAW. Yang lain-lain termasuk Nehru, Gandhi dan Lee Kuan Yew sudah ada penganti. Jika Dr. Mahathir berhenti, Malaysia tidak kurang pemimpin pelapis. Jika dicari-cari dalam BN tidak berjumpa kerana kesemuanya terpalit dengan rasuah, cari dari kalangan pembangkang. Saya percaya tidak susah mencari penganti Dr. Mahathir kerana Dr. Mahathir bukan nabi.

Alhamdulilah, pilihan raya kecil Lunas memberikan mesej jelas. Dalam pilihan raya kecil Sanggang, BN menang besar dan undi bertambah kerana pelbagai habuan dan sogokan dihulurkan kepada pengundi. Di Teluk Kemang undi BN merosot walaupun masih menang.

Di Lunas, mesej jelas, BN kalah. Dr. Mahathir tidak dikehendaki lagi. Lunas terletak di Kedah dalam negeri datangnya Perdana Menteri.

Di sebelah Lunas, terletak Kepala Batas, kawasan yang diwakili Abdullah Ahmad Badawi. Nampaknya Abdullah yang sudah tahu dia ditolak oleh pengundi Lunas, meninggalkan Malaysia untuk ke Mexico. Dia tidak sanggup mendengar keputusan yang tidak berpihak kepada BN. Hakikatnya jelas, orang tidak mahu dia dan tidak mahu Dr. Mahathir. Orang sudah tidak minat pada BN yang menjadi gabungan besar di negara ini.

Samy Vellu pulak terus berlagak sombong. Dia tidak mengaku dia tersilap pilih calon. Yang mati lebih muda dari yang mengganti. Bukan anak tempatan pernah dipecat dari MIC.

Hendak buat macam mana. Memang sudah rezeki BA. Sudah menjadi ketentuan Allah bahawa BN akan kalah. Yang lain-lain hanya penyebab sahaja. Cuma, bila kalah usah menyalahkan orang lain. Kalau kalah, terimalah sebab adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Umno (BN) tidak harus mahu meminda peraturan pilihan raya setiap kali kalah. Nanti, peraturan pilihan raya jadi macam peraturan pemilihan Umno, semua ad hoc.

Dr. Mahathir yang susah sangat hendak berhenti pasal apa? Takut apa-apa ke? Usah fikirkan lagi agenda peribadi kerana rakyat perlu dimerdekakan.

Terlalu banyak pembaziran Kolusi, Korupsi dan Kronisme berlaku di negara ini. Dr. Mahathir mengamalkan KKN dan dia akan jatuh dalam keadaan yang cukup hina. Percayalah. Hari ini dia akan bercakap ikut sedap mulut dia. Dia tahu tiada siapa berani bertindak ke aasnya. Dia lebih tinggi dari Undang-undang Negara.

Itulah sebabnya dia menghalang Ketua Pengarah BPR, Dato’ Shafie Yahaya menyiasat dari mana Ketua Pengarah EPU, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman dapat RM100,000 dalam pejabatnya.

Hari ini kertas siasat itu sudah ditutup, kata Peguam Negara, Mr Dugong Mohtar Abdullah. Rafidah Aziz yang beri saham kepada menantunya.

“Jangan sebut saya terlibat dengan rasuah, nanti saya seret ke mahkamah…” Rafidah berkata di Lunas.

Maknanya kalau Rafidah buat tak salah. Kalau Dr. Mahathir buat tak salah. Mereka ingat mereka boleh lepas kerana dalam fikiran mereka Umno akan perintah negara ini selama-lamanya. Dia tidak fikir, selepas BN kalah, mereka semua akan didakwa juga.

Nak lari ke mana? Nak sembunyi di mana. Paling jauh Dr. Mahathir boleh sembunyi dalam kain Rafidah. Habis tu Rafidah pula nak sembunyi dalam kain siapa?

Itulah sebabnya mereka ini semua takut kalau Dato’ Seri Anwar bebas. Mereka takut Dato’ Seri Anwar jadi Perdana Menteri kerana mereka bukan sahaja takut duduk dalam jel malahan fobia dengar sapina Mahkamah.

Apa khabar Azizan Abu Bakar sekarang. Dah dapat anak ke belum? Apa khabar Aziz Shamsuddin sekarang? Kenapa bercerai talak tiga? Apa khabar Normala Yusof sekarang? Khabarnya sudah bercerai dengan Zamrin? Apa khabar sigila tu? Khabarnya khawin sebulan dah dapat anak? Hai anak pasang siap ke? Ramai anak haram nampak?…. produktif nampak….

 

habis