Salam Reformasi,
26-07-2001
Baru sahaja Komentar mengatakan bahawa kemungkinan kita menari mengikut
tarian politik Dr Mahathir dan Karpal Singh mungkin lebih sedikit lalu
menari "break dance", kini akhbar The Star hari ini mengatakan
bahawa DAP sedang menuju kearah "break away" dengan Barisan
Alternatif. Apakah impak kalau ianya sungguh-sungguh berlaku? DAP dalam
kenyataannya mengatakan bahawa Keadilan dan Prm tidak bersependapat dengan
PAS tetapi menyorok di belakang DAP. Apakah ini kenyataan DAP itu palsu
atau sebenarnya benar. Apakah isu "Islamic State" menghancurkan
pakatan lantas meminggirkan perjuangan yang sebenarnya'Apakah ini politik
maka perjuangan hak rakyat terketepi. Kita perlu ingat Sdr Anwar Ibrahim
tersiksa di dalam penjara dan kita bertelagah kerana politik.
Hanya satu sahaja harapan kita, hanya satu sahaja yang mampu Komentar meletakkan harapan untuk perjuangan ini. Komentar menyandarkan harapan hanya pada PERJUANGAN REFORMASI. Ini sahaja yang tinggal bagi meneruskan pembelaan kepada rakyat yang tersiksa dan kepada rakyat yang terpenjara di tanah air sendiri. Pada para perjuang inilah Komentar sandarkan harapan untuk meneruskan semangat juang 1998.
Komentar
berdoa agar para reformis yang ada, laman-laman reformasi seperti Laman
Reformasi Mahazalim, Pemantau, Minda Rakyat, TrengganuKite, Web Reformis,
FeU, NT ISA, Iq Portal dan kita sebagai pembela keadilan yang diruntuhkan
untuk meneruskan perjuangan bagi membebaskan seorang manusia yang mampu
memimpin untuk rakyat dan kerana rakyat, yang sekarang ini terpenjara
tanpa dosa.
Rakan Reformasi , mungkin kita?