KOMENTAR

MAJLIS RAJA~RAJA TIDAK PERLU NASIHAT MAHATHIR

Mahathir bila di tanya tentang perlantikkan Dzaiddin Abdullah sebagai Ketua Hakim Negara memaklumkan The Star bahawa beliau tidak mengetahuinya. Rujuk Artikel The Star KLIK SINI

Beliau di tanya pada 6hb Disember 2000 sedangkan pengumuman yang di buat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja~Raja adalah pada 9hb November 2000. Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah Mahathir tidak bersetuju dengan perlantikkan tersebut ? Andai benar kenapa Majlis Raja~Raja mengumumkan perlantikkan tersebut ? Bukankah perlantikan Ketua Hakim Negara harus mendapatkan nasihat Perdana Menteri? Apakah nasihat Mahathir sudah tidak relevan ? Apakah Majlis Raja~Raja sudah mual dengan semua percaturan politik Mahathir sehingga nilai kemanusian di bawah pentadbiran Mahathir langsung tidak ada tempat.

Nasihat Mahathir nampaknya tidak diperlukan lagi. Majlis Raja~Raja telah melantik Ketua Hakim Baru. Hari ini menurut Bernama Jabatan Perdana Menteri mengesahkan perlantikan tersebut.

Apakah Mahathir dan Majlis Raja~Raja kini telah berbalah. Andai benar maka Mahathir Mohamed pasti tersepit. Mereka tidak lagi mahu menuruti memanda Menteri mereka yang tidak lagi berwibawa.

Apakah ini juga menjadi pertunjuk bahawa Mahathir sudah mula terketepi ? Apakah ini menunjukkan bahawa Majlis Raja~Raja sudah memulakan siri penolakan Mahathir sebagai kepimpinan negara ini.?

Mahathir sudah tersepit. Siapa lagi yang boleh diharapkan oleh Mahathir untuk menangani isu beliau dengan Majlis Raja~Raja/

Berundurlah Mahathir.

Komentar