BILA RAIS YATIM BERBICARA TENTANG UNDANG-UNDANG

 

Terkadang saya berfikir apakah orang yang bernama Rais Yatim ini orang yang bagaimana, dan siapa dan apa yang diinginkannya dalam dunia ini. Secara peribadi saya tidak kenal akan beliau jenis orang yang bagaimana, apa kriteria yang membuatkan beliau menjadi perhatian 'press', apakah kerana kedudukannya sebagai menteri di jabatan perdana menteri yang memegang portfolio undang-undang atau hanya penggubal (atau pengubah) undang-undang untuk menjaga kepentingan Mahathir dan kuncu-kuncunya disamping menjaga kepentingan beliau (personal interest) seperti para UMNO-isme lainnya.

 

Saya tidak mempersoalkan bagaimana beliau mendapat Phd dalam bidang 'Constitutional Law' yang saya persoalkan, tanggung-jawab sosialnya terutama kepada tuhan dan rakyat ...(jangan lupa Rais anda tergolong orang-orang yang SENJA). Berilah sedikit sumbangan kepada rakyat malaysia sebelum tuhan memanggilmu dan menyoalmu apa yang telah kamu lakukan semasa kamu hidup didunia.

 

Dalam malaysiakini saya terbaca saudara ingin mengemaskini 'rule of law' supaya lebih 'malaysianize' seperti termaktub dalam artikel 121,122 dan 8 dalam federal constitution sekali lagi disini saya ingatkan anda jagalah prinsip-prinsip keadilan, ingatlah apa tujuan kita dilahirkan didunia ini (?) yaitu MENJAGA KEPENTINGAN UMMAH, bukan kepentingan beberapa individu.

 

Ingat allah memerhatikan kita

 

Rais kembalilah kepada apa yang dituntut Allah, junjunglah prinsip keadilan semoga tuhan merestuimu.

 

Jadilah macam YB Mahfuz & Co demi menegakan maruah Islam beliau sanggup dipenjara. Orang sepeti inilah yang layak kita contohi.

 

 

A@2000