KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

15.06.2000

Salam Reformasi

 

SUARA RAIS YATIM KELU DAN JELAS SUARA MANIPULASI MAHATHIR

 

Rais Yatim dilapurkan berkata bahawa isu Ketua Hakim Negara itu sudah selesai. Mesyuarat Kabinet telah berbincang mengenai isu itu dan memutuskan bahawa tidak ada sebarang tindakan akan diambil dan meminta isu itu tidak dipolitikkan. Rais Yatim Menteri di Jabatan Pedana Menteri berkata bahawa perkara itu bukan isu besar. Bagi Komentar Rais Yatim kini nampak jelas bahawa beliau masih berada dalam gengaman Mahathir. Suara Rais turut terbatas dan terbatasnya dan mengikuti kehendak Dr Mahathir. Apakah dengan kredibiliti sebegini maka kata-kata Rais Yatim kelak boleh diterima pakai ? Rais Yatim terikat dan ikatan ini menyebabkan dirinya terus terbelenggu dari melihat kebenaran.

Komentar tidak teragak untuk mengatakan bahawa suara Rais Yatim adalah suara manipulasi “boss”nya Mahathir.

 

Sehubungan dengan itu Komentar juga membidas kabinet Mahathir yang bersidang bagi membicarakan kes Eusoff Chin. Mereka tidak ada suara melainkan bagi mengecam pembangkang. Mereka hadir umpama patung yang hanya mampu mengiakan “boss” mereka.

 

Cukup terang sekarang bahawa cengkaman Mahathir wujud dan kabinet bisunya hanya wujud tanpa nyawa.

 

Teruskan membentuk tribunal. Majlis Peguam Negara harus memastikan bahawa perkara seperti ini disiasat dan Ketua Hakim yang berbau korup dilucutkan dari jawatan.

 

Bagi Mahathir teruk orang-orang kamu berhempas pulas untuk menerangkan kepada rakyat penipuan kamu.  

 

Komentar