Ucapan Penangguhan YB Abd Rahman b Yusof
    Ahli Parlimen Kemaman pada 10hb. Julai 2000

 

          Penguatkuasaan "Kod Etika Hakim-Hakim 1994"

Satu kod etika bernama "Kod Etika Hakim-Hakim 1994" atau dalam bahasa Inggerisnya dengan izin "Judges' Code of Ethics 1994" telah digariskan oleh Ketua Hakim Negara untuk digunapakai oleh hakim-hakim. Tujuannya ialah untuk mengawal perlakuan hakim-hakim supaya kewibawaan sistem kehakiman negara terjamin.  Perlaksanaan kod etika ini patut diberi sokongan dan pujian.

Di antara kandungan kod etika ini adalah seperti berikut dengan izin:-

1.        This code of ethics may be cited as the Judges' Code Of Ethics 1994

2.        (1)    This Code of  Ethics shall apply to a judge throughout the period of his service.

           (2)    The breach of any provision of  this Code of Ethics may constitute a ground for the removal of a                        judge from office.

3.        (1)    A judge shall not -

                    (a)    Subordinate his judicial duties to his private interests'

                    (b)   Conduct himself in such manner as is likely to bring his private interests into conflict with his                               judicial duties

                    (c)    Conduct himself in any manner likely to cause a reasonable suspicion that -

                               - He has allowed his private interest to come into conflict  with his judicial duties so as to                                     impair his usefulness as a  judge; or 

                                - He has used his judicial position for his personal  advantage;

                     (d)    Conduct himself dishonestly or in such manner as to bring the Judiciary into disrepute or to                                 bring discredit  thereto;

(e)    lack efficiency or industry;

  (f)    inordinately and without reasonable explanation delay in the disposal of cases, the             delivery of decisions and the writing of grounds of judgment;

  (g)   refuse to obey a proper administrative order or refuse to comply with any statutory             direction;

  (h)   absent himself from his court during office hours without reasonable excuse or            without prior permission of the Chief Justice, the President of the Court Appeal of            the Chief Judge, as the case may be; and

   (i)   be a member of any political party or participate in any political activity.

   (2)     A judge shall, on his appointment or at any time thereafter as may be required by the Chief               Justice, declare in writing all his assets to the Chief Justice.       

Penggarisan kod etika ini cukup baik sekiranya ia benar-benar digunapakai oleh semua hakim-hakim.  Tindakan tegas tanpa mengira kedudukan dan pangkat patut diambil terhadap mana-mana hakim yang melanggar kod etika ini.

Sekiranya ia dikuatkuasakan maka ia sedikit sebanyak dapat memulihkan imej sistem kehakiman negara yang sudah tercemar akibat daripada tindakan tidak bertanggongjawab beberapa orang hakim. Ia akan memberi kewibawaan kepada hakim-hakim yang menjalankan tanggongjawab mereka dengan jujur dan amanah.  Tetapi sekiranya tindakan tegas tidak diambil terhadap mana-mana hakim termasok Ketua Hakim Negara yang melanggar kod etika ini maka imej sistem kehakiman negara akan terus tercemar.  Keyakinan rakyat dan masyarakat setempat dan antarabangsa terhadap keadilan dan ketelusan sistem kehakiman negara terus menjadi tanda-tanya.

Saya ingin penjelasan siapakah yang bertanggungjawab menguatkuasakan "Kod Etika Hakim-Hakim 1994" ini.  Sekiranya kod etika ini dilanggar oleh Ketua Hakim Negara sendiri siapakah yang bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap beliau?

Sebagai rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab apakah tindakan yang boleh diambil terhadap mana-mana hakim termasuk Ketua Hakim Negara sendiri sekiranya mereka mendapati hakim-hakim ini melanggar kod etika hakim-hakim 1994 ini.

Sekiranya hakim-hakim ini bebas melakukan apa mereka suka, saya takut  masyarakat tidak lagi menghormati hakim-hakim dan sistem kehakiman negara.

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan pertelingkahan diantara seorang Menteri Kanan dan Ketua Hakim Negara yang menegur tingkah laku yang tidak sopan Ketua Hakim Negara sekeluarga bercuti dengan seorang peguam V.K. Lingam sekeluarga di New Zealand. Satu kenyataan akhbar telah dibuat oleh Ketua Hakim Negara mendakwa kononnya perjumpaan beliau dengan peguam V.K. Lingam di New Zealand adalah secara kebetulan sahaja. Walaubagaimanapun pendedahan yang dibuat oleh akhbar Asian Wall Street Journal, internet dan Laporan Penyiasat Bowman membuktikan bahawa perjumpaan tersebut bukannya secara kebetulan tetapi hasil daripada percutian yang terancang dan berjadual siap dengan gambar dan semua butir-butir perjalanan dan tempat percutian mereka sekeluarga didedahkan.

Ini membuktikan bahawa Ketua Hakim Negara telah berbohong kepada negara dengan mengeluarkan kenyataan palsu dan ini melanggar Kod Etika Hakim-Hakim 1994 seksyen 3 (1)(d) iaitu dengan izin " Conduct himself dishonestly or in such a manner as to bring the Judiciary into disrepute or to bring discredit thereto"  untuk melindungi salahlaku beliau bercuti dengan seorang peguam yang mewakili pelanggan-pelanggan dimana Ketua Hakim Negara terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perbicaraan kes-kes mereka. Ini jelas dan terang melanggar Kod Etika Hakim-Hakim 1994 Seksyen  3(1)(a)(b) dan (c) iaitu dengan izin,

         "3 (1) A judge shall not-

                     (a) Subordinate his judicial duties to his private interests;

                     (b) Conduct himself in such manner as is likely to bring his private interests into conflict with his                              judicial duties;

                     (c) Conduct himself in any manner likely to cause a reasonable suspicion that-

                              - he has allowed his private interests to come into conflict with his judicial duties so as to                                   impair his usefulness as a judge;

                              - he has used his judicial position for his personal advantage; " 

Siapakah yang bertanggongjawab menguatkuasakan Seksyen 2 (2) Kod Etika ini  iaitu dengan izin " The breach of any provision of this Code of Ethics may constitute a ground for the removal of a judge from office" terhadap Ketua Hakim Negara yang megeluarkan kenyataan palsu dan berlaku sumbang ini?

Selain Ketua Hakim Negara peguam V.K. Lingam  ini juga didapati bercuti bersama dengan Peguam Negara, Tan Sri Mokhtar Abdullah di Itali pada tahun 1994. Gambar-gambar percutian mereka bersama juga tersiar didalam internet. Siapa lagi yang dibawa oleh peguam ini bercuti Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Tetapi memang diketahui umum peguam ini mewakili pelanggan-pelanggan terkenal yang  menyaman pihak-pihak tertentu yang melibatkan saman bernilai berjuta-juta ringgit yang mana  Ketua Hakim Negara terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perbicaraan kes-kes mereka ini.

Penyelewengan dan salahlaku hakim-hakim mula terdedah apabila tersebarnya surat layang mengenai amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penetapan perjalanan kes-kes tertentu yang didakwa ditulis oleh bekas seorang hakim mahkamah tinggi yang sudah jijik dan jelik dengan penyelewengan yang berlaku didalam perbicaraan beberapa kes seperti Air Molek, MBF Holdings', V.K. Linggam lawan Skrine & Co dan Param Cumaramsamy dan lain-lain lagi. Surat tersebut walaupun merupakan surat layang tetapi ternyata apa yang diperkatakan dalam surat tersebut benar-benar berlaku didalam sistem kehakiman negara sekarang ini.

Kelakuan pincang dan sumbang beberapa orang hakim telah lama diketahui umum. Masyarakat pada umumnya tidak jelas apa tindakan yang boleh diambil terhadap hakim-hakim yang berlaku sumbang dan pincang ini seperti:

    - memberi pampasan yang begitu tinggi didalam beberapa kes yang melibatkan orang-orang tertentu yang         menggunakan peguam-peguam tertentu,

    - menerima arahan memberatkan atau meringankan hukuman terhadap orang-orang tertentu,
    - menolak orang-orang tertentu dari menjadikan saksi walaupun diminta oleh tertuduh,
    - menghalang orang-orang tertentu seperti Perdana Menteri daripada menjadi saksi,
    - menerima rasuah,
    - melengah-lengah atau mempercepatkan kes-kes tertentu,
    - bercuti dengan peguam yang mempunyai hubungkait dengan kes yang mereka bicara,
    - 'expunge' dengan izin, bukti-bukti penting dalam perbicaraan,
    - membenarkan penyebaran afidavit sebelum dikemukakan kepada hakim,
    - menerima bukti sebagai saksi benar dari orang yang sudah bankrap,
    - menerima pengakuan dari saksi yang didapati berzina
    - menerima bukti dari orang yang dipaksa membuat pengakuan palsu semasa dalam tahanan polis,
    - menghalang majlis peguam daripada bersidang untuk membincang perkara yang melibatkan kepentingan          profesion mereka;

 
dan pelbagai lagi kepincangan sehingga masyarakat tempatan dan antarabangsa sangsi terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim tertentu.

Akibat daripada kepincangan dan salahlaku hakim-hakim sistem perundangan dan kehakiman negara tidak lagi dihormati. Peniaga-peniaga tidak lagi mahu undang-undang Malaysia dijadikan sebagai tempat  rujukan "arbitration" dengan izin dalam perjanjian-perjanjian perdagangan antarabangsa. Inilah padahnya akibat daripada sikap tidak bertanggongjawab segelintir hakim-hakim tetapi  mereka terus dilindungi oleh pihak-pihak tertentu.

Sudah sampai masanya tindakan tegas diambil terhadap mana-mana hakim yang menyeleweng dan menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan mereka atau untuk menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu.

Dengan ini saya mohon supaya Kod Etika Hakim-Hakim 1994 dikuatkuasakan dengan serta-merta dan mendakwa mana-mana hakim termasok Ketua Hakim Negara yang didapati melanggar 'kod etika hakim-hakim 1994' ini.
 

Terima kasih.
 

Abd Rahman b Yusof
Ahli Parlimen Kemaman