Komentar cuba mendapatkan gambar Rahim Noor di Mahkamah. Malang Rahim Noor jurutumbuk Malaysia masih diberi layanan VIP dan di iringi oleh anggota polis sewaktu hadir dan keluar dari mahkamah.

 

11.11.2000 :- Hakim Mahkamah Tinggi, Zulkefli Ahmad Makinuddin menetapkan bahawa keputusan kes rayuan Tan Sri Rahim Noor akan dibuat pada 15.12.2000.

Banyak pendapat mengatakan pertuduhan keatas Tan Sri Rahim Noor adalah terlalu ringan memandangkan beliau menyalah gunakan kuasa untuk membelasah Sdr Anwar Ibrahim di penjara dengan begitu teruk sekali. Tan Sri Rahim Noor dituduh atas Sec 323 Penal Code sedangkan sepatutnya di kenakan atas Sec 325 yang membawa hukuman lebih berat. Kita dari golongan reformasi sudah menjangka bahawa tuduhan terpilih Peguam Negara adalah untuk menyelamatkan Tan Sri Rahim Noor.

Tan Sri Rahim Noor di denda RM 2,000 dan sedang merayu hukuman 1 tahun penjara.

Komentar juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Noor melalui peguamnya mengatakan bahawa beliau tidak mengaku awal kerana takut senario politik negara akan menjadi tegang. Bayangkan berapa banyak wang rakyat di gunakan untuk menyiasat kes mencederakan Sdr Anwar Ibrahim dalam penjara oleh Rahim Noor.

Mengikut lapuran yang Komentar terima, bayaran Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk menyiasat kes ini selama 2 bulan ialah hampir 200,000 ribu untuk kesalahan yang bernilai 2,000 ringgit.