KOMENTAR

Komentar 1

21.05.2000

 

MAHATHIR YANG MENGAJAR RAFIDAH

 

Rafidah Aziz setelah memenangi Ketua Wanita dengan kelebihan 12 undi kini mengganas mencari kesalahan Siti Zaharah. Karier politik Siti Zaharah MESTI DIBUNUH oleh Rafidah Aziz. Guru dan buku teladannya adalah Dr Mahathir dan perlakuan zalimnya. Rafidah Aziz adalah pelajar Dr Mahathir yang paling baik. Kezaliman dan kerakusannya memegang kuasa amat dipuji oleh Mahathir. Sayang beliau wanita, sekiranya tidak beliaulah yang akan menjadi waris pemerintahan kezaliman Mahathir. Mustahilkah Rafidah mewarisi kepemerintahan Mahathir? Bagi Mahathir kuasa yang ada padanya tidak memustahilkan apa sahaja tindakannya. Hanya penerimaan ahli UMNO dan masyarat menghalangnya. Mungkinkah Rafidah Aziz akan di tukarkan menjadi Menteri Kewangan Wanita yang 1 ?. Kalau Rafidah dilantik menjadi Menteri Kewangan maka empayar Mahathir akan terjamin. Kerabat Mahathir akan terjamin serta kegiatan rasuah tersusun akan menjadi garis panduan kepemerintahan UMNO. Mungkin juga.

 

Komentar