KOMENTAR

 

 

20.07.2000

 

RAFIDAH VESI WANITA BAGI KARAKTOR MAHATHIR

 

Sekarang Mahathir baru wujud dengan vesi Wanita. Rafidah Aziz , Ketua Pergerakkan Wanita UMNO yang berjaya dengan undi paling minima cuba memperjuangkan kepalsuan yang jelas berlaku ala Mahathir. Rafidah Aziz kini sering diberi perhatian oleh media arus perdana seolah-olah ada agenda baru telah ditetapkan untuk nya. Pendokong Mahathir ini akan mengiakan apa sahaja yang disebut oleh Mahathir asalkan kepentingnya terjaga. Beliau sejak kebelakangan ini sering memainkan isu PAS, menarik balik perkataan Islam dalam nama pertubuhan dan lain-lain kepalsuan asalkan ianya kebenaran untuk Mahathir. Komentar percaya talian rasuah antara Mahathir dan Rafidah senantiasa terbuka. Rafidah telah diselamatkan oleh bossnya dalam isu rasuah yang melibatkan pemberian saham kepada menantunya kini membalas budi bossnya dengan lebih ganas dan rakus lagi. Komentar percaya beliau tidak diterima secara keseluruhannya oleh Wanita UMNO dan adalah menjadi satu persamaan antara beliau dan Mahathir dalam cuba membunuh karier politik lawannya. Kalau Mahathir dengan kes Anwar Ibrahim , kini Rafidah dengan kes Siti Zaharah nya. Teringat jelas sewaktu beberapa kenyataan dibuat oleh Rafidah yang cuba menjatuhkan imej politik Zaharah.

 

Rafidah cukup lah.