KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

16.06.2000

Salam Reformasi

 

RAFIDAH JELAS PENDUSTA

 

Siti Zaharah dalam kenyataannya “menasihati Rafidah Aziz agar menggunakan saluran parti sekiranya ingin mengatakan sesuatu isu yang boleh memalukan UMNO”. Apa yang sebenarnya harus dinasihatkan kepada Rafidah ialah jangan suka menabur fitnah dan cuba menjatuhkan kredibiti orang lain. Lihat kekotoran diri sendiri yang bergelumang dengan rasuah. Dasar tohmahan ini telah menjadi budaya UMNO dan tohmahan yang dibuat keatas Siti Zaharah berkenaan dengan kedudukan kewangan Wanita UMNO oleh Rafidah hanyalah percubaan Rafidah untuk membunuh maruah dan kredibiliti Siti Zaharah. Kini percubaannya memakn diri. Rafidah kini dimalukan oleh perbuatan tohmahannya.

Kredibiliti Rafidah sudah lama punah dimata pendokong keADILan dan kini runtuh dipandangan Wanita UMNO. Rafidah yang kariernya hanya berpaut kepada Mahathir akan turut musnah dengan musnahnya Mahathir kelak.

 

Komentar